Kelana Jaya, 28 Februari 2021- Demi memperkasakan pendidikan terhadap golongan pelajar siswa, Yayasan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 Juta untuk pendidikan anggota dan anak-anak ahli koperasi di seluruh Malaysia. Dalam Majlis Perasmian Penutup Program Motivasi Secara dalam talian pada petang tadi telah dirasmikan oleh YB Wira Hajah Mas Ermieyati Hj. Samsudin telah disaksikan oleh hampir kira-kira 100 penerima biasiswa ANGKASA yang menonton perasmian secara talian melalui applikasi 'meeting online'.
Peruntukan ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berfikir secara kritis dan tahan kepada cabaran dan persediaan pelajar untuk melangkah ke dunia pekerjaan. Selain itu, memupuk sikap keusahawanan dan meningkat prestasi diri dalam program secara talian selama 2 hari bermula 27 Februari 2021 sehingga 28 Februari 2021 yang disertai seramai 100 orang pelajar yang bertuah.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Wira Hajah Mas Ernieyati Hj. Samsudin berkata, pelajar yang terpilih seharusnya tidak sambil lewa dan perlu mengambil peluang menimba ilmu sedalamnya dalam program ini. Pelbagai inisiatif yang ditawarkan kepada belia seperti program Siswapreneur dan Protege.
"Pelajar masa kini, perlu memainkan peranan dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan, pelajar yang terpilih sangat bertuah kerana kesungguhan pihak ANGKASA yang sentiasa berhubung dengan pelaja-pelajar walaupun dalam masa pengajian,pelajar ini adalah duta kecil kepada ANGKASA dalam memperkenalkan peranan dan program di ANGKASA,"katanya pada sidang media petang tadi.
Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, gerakan Koperasi akan sentiasa menyumbangkan kepada pembangunan masyarakat seperti program berimpak tinggi seperti ini.
"Koperasi memainkan peranan yang penting dalam penbangunan negara, program ini adalah satu usaha keprihatinan kami kepada masyarakat. Sehingga kini, kita telah menawarkan biasiswa ini kepada lebih 1000 orang yang telah mendapat manfaat dari program ini."
"Kami komited untuk menggalakkan peningkatan generasi graduan Yayasan ANGKASA dalam bidang keusahawanan koperasi. Program ini juga sebagai persiapan mereka untuk menawarkan diri ke alam pekerjaan."
"Saya berharap semua pelajar perlu memberikan penekanan kepada pencapaian akademik untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama. Pengiktirafan Ijazah kelas pertama akan dibiayai 100%, kelas ke dua ke atas akan mendapat 60% (40% dari jumlah pembiayaan perlu dibayar semula) dan kelas ke dua bawah, 40% biasiswa (60% dari jumlah pembiayaan perlu dibayar semula). Selain itu, pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA juga tidak dikenakan sebarang caj faedah atau bunga."
"Pihak ANGKASA berpendapat bahawa segala keuntungan yang diperoleh akan dikongsikan dan dipulangkan kepada ahli-ahli koperasi melalui salah satunya pembiayaan seperti ini dan ANGKASA akan memperuntukkan 1 Juta setahun kepada Yayasan ANGKASA bagi memberikan pembiayaan kepada ahli koperasi dan anak-anak ahli koperasi."
"Pelajar-pelajar pembiayaan Yayasan ANGKASA merupakan pelapis warga koperasi pada masa hadapan. Saya berharap pelajar dapat mempersiapkan diri dengan menambah ilmu serta kemahiran ke arah masa depan yang lebih baik. Disamping itu, dapat membantu gerakan Koperasi mencapai kecemerlangan di Malaysia."
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah didaftarkan pada 12 Mei 1971 di bawah Ordinan Koperatif 33/1948. ANGKASA ditubuhkan hasil resolusi Kongres Kerjasama Kedua yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua.
ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan sentiasa memberi komitmen dalam usaha membantu pelajar menerusi lapan sektor pembangunan perniagaan koperasi seperti sektor Kewangan, Pemborongan dan Peruncitan, Inovasi dan Teknologi, Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan, Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Hartanah dan Industri Binaan serta Pembangunan Komuniti.
ANGKASA telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 Juta untuk pendidikan anggota dan anak-anak anggota koperasi melalui Yayasan ANGKASA. Sehingga Disember 2020, Yayasan ANGKASA telah memberikan pembiayaan sejumlah RM14,578,000 kepada 1,127 orang pelajar. Sejumlah RM4,320,408 pembiayaan telah diubah kepada biasiswa yang melibatkan 549 orang pelajar. ANGKASA juga telah memperuntukan sebanyak RM1,100,000 untuk pelaksaksanaan program pembangunan pendidikan.
Wakil pelajar program motivasi pembiayaan Yayasan ANGKASA sesi 2021, Muhammad Nurfitri bin Muhd Faisalni berkata, melahirkan rasa kesyukuran di atas inisiatif Yayasan ANGKASA kerana mewujudkan program motivasi seperti ini untuk manfaat anak-anak ahli koperasi.
"Walaupun dunia melanda pandemik Covid-19, ia tidak menjadi penghalang untuk program motivasi ini diteruskan kerana akan di lakukan secara talian,".katanya melalui talian yang dipancarkan di layar skrin pentas di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz.
Yayasan ANGKASA berperanan menyediakan kemudahan pembiayaan Pendidikan boleh ubah untuk anggota koperasi, anak anggota koperasi yang melanjutkan pengajian sepenuh masa atau separa masa pengajian jarak jauh (PJJ) di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) dalam negara. Pemilihan peserta program dipilih terhad kepada anak-anak anggota ahli KOPERASI.
Penganugerahan biasiswa merupakan manfaat daripada ANGKASA kepada anak-anak anggota koperasi di atas prestasi dan pencapaian yang cemerlang dalam pendidikan selain merupakan motivasi kepada mereka.
Untuk pertanyaan dan maklumat mengenai Yayasan ANGKASA, boleh hubungi Pengurus Yayasan ANGKASA (Haslinda Ahmad) di 019 750 0878/03 7886 3357 atau di www.yayasanangkasa.coop @ www.angkasa.coop.