Jumaat, 6 November 2020

Yayasan Winner Emperor Sedunia Telah Menyampaikan 'Mask' kepada 610 sekolah Setakat Hari Ini, Sasar Beri Sekolah di Seluruh Malaysia

Seperti kita tahu, anak - anak adalah pewaris yang perlu dijaga, justeru itu, demi menjaga kesihatan mereka dari ancaman wabak pandemik ini, Yayasan Winner Emperor Sedunia telah menderma sebanyak 610 buah sekolah dari negeri Perak, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu dipilih untuk menerima topeng penutup hidung dan mulut (mask) disebabkan wabak pandemik Covid-19 yang berlaku hari ini.

Ini adalah merupakan sumbangan daripada pengasas yayasan ini iaitu dermawan Ybhg, Dato Sri Liow Soon Hee kesinambungan daripada usaha beliau baru-baru ini yang menyumbang lebih 10 juta penutup hidung dan mulut sehingga mencipta rekod di 'The Malaysia Book of Record" sebagai penyumbang terbanyak di Malaysia. 




Keratan Akhbar Mengenai Yayasan Winner Emperor

Setakat ini, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia yang sudah menerima topeng penutup hidung dan mulut dari yayasan ini adalah seperti berikut:-

1. Pulau Pinang, Kedah, Perlis : 226  buah sekolah

2. Perak  : 223 buah sekolah

3. Negeri Sembilan : 88 buah sekolah

4. Melaka  : 71 buah sekolah

5. Terengganu   : 2 buah sekolah

Yayasan Winner Emperor Sedunia menyasarkan seluruh sekolah di Malaysia mendapat manfaat dan akan ada penambahan lagi sekolah-sekolah yang seterusnya yang akan menerima sumbangan topeng penutup mulut dan hidung pada masa terdekat ini secara berperingkat.

Hasrat murni dari Yayasan Winner Emperor ini telah disambut baik oleh guru-guru sekolah di Malaysia, disamping dapat menolong dan memenuhi permintaan saranan kerajaan yang mula mewajibkan kita untuk setiap masa memakai penutup mulut dan hidung ketika keluar rumah mulai 1 Ogos 2020, dan ini akan menyebabkan berlakunya kekurangan penutup hidung dan mulut pada masa akan datang.


 keratan akhbar: https://utvmediamalaysia.blogspot.com/2020/10/dermawan-muda-liow-soon-hee-sumbang-10.html 

"Ketika ini kami memfokuskan menyumbang mask kepada sekolah-sekolah di Malaysia dan setakat ini kami berjaya memenuhi sasaran ini kerana kami sangat menjaga anak-anak di sekolah kerana mereka  perlu diberikan keutamaan demi keselamatan kesihatan mereka", kata Excella Chong sebagai pembantu kepada Ybhg, Dato Sri Liow Soon Hee.

Disamping itu, setiap rakyat juga harus ada rasa bertanggungjawab memastikan keselamatan kita bersama menghadapi wabak pandemik Covid-19 ini. Sentiasa memakai penutup hidung dan mulut dan sanitizer ketika di tempat awam. Jangan lupa hashtag #KitaJagaKita !




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...