BATU PAHAT, Ahad, 7 Februari – Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato Rashid bin Hasnon merangkap Timbalan Speaker Dewan Parlimen telah memberikan sumbangan berupa barangan asas kepada 150 penerima di Kawasan Parlimen Batu Pahat bersama NGO Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS), IKHLAS Cawangan Negeri Johor telah memberikan sumbangan berupa barangan asas keperluan dan produk kesihatan kepada 50 peniaga dan penjaja kecil, serta golongan asnaf dalam ‘Program Kempen Derma Darah’ anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia bersama Tabung Darah Hospital Sultanah Nora Ismail bertempat di Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Batu Pahat.
Matlamat program berkembar ini adalah untuk memberikan rasa keprihatinan kepada rakyat dalam program ‘Ziarah Prihatin PKP 2.0’ bagi membantu peniaga dan penjaja kecil yang mengalami kemerosotan pendapatan harian. Disamping itu, menerapkan sikap memberi, menerima dan merasai kesusahan bersama-sama Pertubuhan Ikatan Usahawan dan Sederhana Malaysia dan IKHLAS Johor.
Sesi penyerahan
sumbangan bakul makanan hanya diberikan kepada 10 orang penerima sebagai gimik serahan sumbangan yang telah
dilakukan mengikut operasi standard (SOP), penjarakan sosial serta tidak
berkumpul dalam kelompok yang besar. Seterusnya, menyampaikan sumbangan kepada
golongan asnaf di kawasan peniaga sekitar Parit Sulong dan Kampung Sri Medan, Batu
Pahat.
Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato Rashid bin Hasnon berkata, program ‘Kempen Derma Darah’ menggalakkan orang ramai untuk menderma darah serta membantu menyumbang darah untuk tabung darah di hospital selain mengambil kesempatan untuk memberikan sumbangan derma kepada golongan b40 dan asnaf. Kami juga ingin berterima kasih kepada IKHLAS Malaysia kerana turut sama-sama membantu memberikan sumbangan kepada para peniaga kecil dan penjaja di Batu Pahat.
“Pada waktu
Covid-19, keperluan darah sangat diperlukan oleh para doktor di hospital, selain menyokong pihak penganjur untuk meneruskan usaha yang baik ini agar dapat
membantu masyarakat setempat,” kata Ahli Parlimen Batu Pahat pada sidang media hari ini.
Tambahan
lagi, pelbagai perancangan program pembangunan yang diatur untuk penduduk Batu Pahat, hanya
menanti untuk dilaksanakan. Selain, beliau merupakan Pengerusi kepada NGO Penggerak
Komuniti Negara, akan memberi bantuan ‘Back to school’ berupa barang keperluan
sekolah serta 100 tablet kepada pihak golongan B40 untuk pembelajaran 'online'.
Presiden IKHLAS Malaysia, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, ketika situasi negara melanda wabak pandemik Covid-19, bukan sahaja rakyat terkesan namun ekonomi negara juga terkesan dari segi ekonomi. Pertubuhan IKHLAS Negeri Johor juga sudah lama aktif sehingga dipilih untuk memberikan sumbangan kepada peniaga dan penjaja kecil disini yang diketuai oleh Pengerusi IKHLAS Cawangan Johor, Datuk Kamal Ariffin bin Abdul Rahman. Ini bukan kali pertama, IKHLAS telah membantu memberikan sumbangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
“Kita tidak boleh hanya mengharapkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang sahaja membantu rakyat, namun saya mengharapkan pemimpin-pemimpin di peringkat bawah turut bersama-sama rakyat untuk ‘turun padang’. Sekurang-kurangnya dapat membantu dan memahami kesusahan rakyat,” kata Presiden IKHLAS Malaysia pada sidang media hari ini. Program 'Ziarah Prihatin IKHLAS' berakhir sekitar jam 5 petang. – UTV Media Malaysia



Tiada ulasan:
Catat Ulasan