KUALA LUMPUR, 6 Mei 2020- Jakel menegaskan bahawa akaun facebook bernama Nor
Lizah tiada kaitan langsung dengan pengurusan atau kakitangan rangkaian Jakel seperti yang
didakwa oleh netizen. Kenyataan yang di keluarkan telah disalah ertikan dan diputar belitkan oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, iaitu Datuk Mohamed Faroz Mohamed, berkata " Akaun facebook
tersebut tidak pernah mewakili syarikat mahupun kenal dengan adiknya, Muzaffar Mohamed Jakel
dan ini adalah kenyataan berbaur fitnah".
Datuk Mohamed Faroz juga merupakan anak jati dari Muar, Johor menegaskan bahawa beliau
sekeras- kerasnya tidak mengenali individu daripada laman akaun facebook tersebut.
Beliau juga mempunyai darah campuran Melayu- India dan tidak mungkin untuk bergaduh dengan
pelanggan dengan kata-kata kesat atau memaki hamun terhadap orang Melayu. Ini bukan budaya
Jakel, kerana sudah pastinya kami melayan pelanggan kami dengan baik.
Kenyataan yang dikeluarkan akaun facebook tersebut, sehari selepas permohonan
maaf daripada Datuk Mohamed Faroz, berhubung kenyataan dari adiknya, Muzaffar yang tular
malah diputar belitkan oleh pelbagai pihak. Kenyataan dari Muzaffar Jakel menyatakan bahawa
"Jakel akan dibuka empat hari lagi, tetapi ada netizen yang telah membangkitkan bahawa akan
muncul "kluster Jakel", Muzaffar menerangkan bahawa kita ada SOP yang ketat untuk masuk ke
dalam Jakel dan tidak perlu timbul isu ini jika semua bekerjasama, bukan untuk menghina perkauman".
Akaun facebook Nor Lizah mengeluarkan kenyataan yang memaki dan seolah menyokong kenyataan
daripada Muzaffar dan memanipulasikan ayat kononnya menghina kaum melayu di Malaysia. "Ini
tiada masuk akal", kata Datuk Mohamed Faroz ketika di Wisma Jakel, hari ini. Selain itu, pihak Jakel
juga sudah membuat laporan polis kepada akaun facebook Nor Lizah.
Datuk Mohamed juga sentiasa memberi sumbangan dan zakat kepada orang melayu, "Tiap tahun,
saya akan beri duit raya kepada kakitangan dan pekerja saya, dan ia bukanlah sedikit, satu hari
sebelum hari raya, semuanya akan dapat". Ayah dan datuk Mohamed Faroz juga dilahirkan di Muar,
Johor dan berketurunan Melayu.
Dalam pada itu, pihak Jakel merasakan ada pihak yang berniat untuk menjatuhkan Jakel. "Ia sangat
merugikan banyak pihak kerana mungkin terpaksa untuk mengurangkan jumlah pekerja. Staf kami
ramai dari kaum Melayu, sebagai anak jati melayu, pastinya kami ingin sama- sama membantu.
Tidak perlu untuk memanjangkan isu ini kerana ia tidak menguntungkan sesiapa". -UTVMEDIA
Langgan:
Ulasan (Atom)
"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup
Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...
-
Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...
-
BATU PAHAT, Ahad, 7 Februari – Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato Rashid bin Hasnon merangkap Timbalan Speaker Dewan Parlimen telah memberikan s...
-
Seperti kita tahu, anak - anak adalah pewaris yang perlu dijaga, justeru itu, demi menjaga kesihatan mereka dari ancaman wabak pandemik ini,...
