Sabtu, 9 Januari 2021

ROZITA CHE WAN 'TERKEJUT' DITERIMA SEBAGAI DUTA JENAMA PENJAGAAN KULIT 'MYLEA'

KUALA LUMPUR: Siapa tidak kenal dengan figura popular, Rozita Che Wan atau dikenali sebagai 'Che Ta' telah dilantik sebagai duta pertama wajah produk kecantikan jenama Mylea keluaran syarikat Amylea Group dan tempoh perlantikan duta rasmi berlangsung selama setahun. Di waktu usia akhir 40-an, Che Ta masih lagi kekal cantik dan jelita dan sehingga kini tidak mengira lelaki atau wanita pasti mengagumi kecantikan pelakon Malaysia ini. 


Perasmian upacara menandatangani kontrak sebagai produk Mylea telah diadakan khas di Royale Chulan Kuala Lumpur. Turut hadir di upacara tersebut adalah pasangan pengasas produk rangkaian penjagaan kulit wanita, Mylea, Puan Amylia Farhana dan suaminya, Mohd Fakhrul Razi Jamaluddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat serta suami Che Ta, Zain Saidin yang turut memberikan sokongan.



Rozita Che Wan berkata, sebelum menerima tawaran sebagai duta produk kecantikan, beliau berasa sangat terkejut dan siapa sangka di usianya sebegini masih lagi dapat diterima sebagai duta produk kecantikan.

"Selalunya duta produk kecantikan dipilih pada peringkat umur 30-an ke bawah, memanglah kerana pada waktu itu, kulit mereka masih lagi muda, belum lagi keluar bulan dan bintang. Kita perlu lihat cara penjagaan kulit umur 40-an keatas ini," kata pelakon jelita ini pada sidang media pelancaran produk Mylea.



Punca Che Ta menerima tawaran menjadi duta produk Mylea kerana apabila ibu Che Ta sendiri yang menjadi ujikaji produk buang jeragat daripada Mylea dan hasilnya memang berkesan dan mujarab. Kulit ibu Che Ta semakin cerah dan jeragat hilang. Kulit Che Ta tiada jeragat, jadi ibunya yang menjadi testimoni. Selain, turut berasa yakin dengan produk Mylea yang memenangi pelbagai kejayaan dan anugerah.

Dengan terlantiknya si cantik jelita, Rozita Che Wan sebagai duta, pelbagai perancangan akan dilakukan sepanjang satu tahun rasmi untuk memperkasakan lagi jenama Mylea ke peringkat yang lebih tinggi.



Sudah beroperasi selama lapan tahun dalam industri kecantikan, Mylea kini sudah mencapai pelbagai kejayaan dan memenangi pelbagai anugerah diantaranya Asia Pacific Super Health Brand selama empat tahun berturut-turut bermula 2018, SME100 AWARDS 2020 ‘Fast Moving Companies’ dan mendapat kelulusan standard piawaian daripada SIRIM dan diyakini halal. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana jenama Mylea telah menyumbangkan zakat sebanyak RM390,614 pada tahun 2020.

Pengasas Jenama Mylea, Puan Amylia Farhana berkata, selama lapan tahun dalam industri kecantikan, ramai pelanggan kami telah mendapat kulit idaman mereka. Produk yang terlaris kami adalah Mylea Freckles Serum dengan Moist24 Essence & Centella Asiarica Extract, Mylea Honey Soup yang mampu menghilangkan masalh jeragat di muka. Selain itu, kami juga ada produk seperti Mylea Moisturizing Lipmatte, Mylea Treatment Foundation, Mylea Pore Invisible Primer dan Mylea Lip Scrub, katanya.

 


Produk Mylea sesuai untuk semua jenis umur, kandungan bahan produk juga selamat dan tidak mengandungi kimia yang berbahaya. Namun, produk Mylea lebih memfokuskan kepada golongan umur 30 tahun ke atas kerana, pada umur begini kulit wajah akan terdedah kepada masalah jeragat dan penuaan.

Amylia Farhana berkata, untuk tahun 2021, kami sangat berbangga menjadikan Che Ta sebagai duta yang pertama bagi produk Mylea. Diharap dengan kerjasama ini dapat menyebarkan manfaat dan kebaikan produk. Selain itu, membantu lebih ramai wanita diluar sana untuk menjana pendapatan. Sejak kerajaan mengumumkan PKP, semua ejan jualan Mylea yang digelar sebagai  ‘jemaah’ dan ‘fighters’ melonjak naik sehingga 10 kali ganda. Kami tahu teknik strategi jualan berkesan dan kita mahu bantu lagi ramai surirumah wanita diluar sana. 



“Kunci kejayaan adalah apabila kita meletakkan hak Dia sebagai keutamaan, Dia juga akan meletakkan rezeki kita sebagai keutama-Nya,” kata pengasas produk Mylea itu.

Untuk keterangan lanjut. Mereka yang ingin membeli produk hilang jeragat atau ingin menjadi ejen produk Mylea boleh layari laman web rasmi Mylea di www.mylea.my.


Sejarah Penubuhan Jenama Mylea


Puan Amylia Farhana binti Saiful Bahri selaku pengasas produk Mylea, Tuan Mohd Fakhrul Razi bin Jamaludin selaku pengarah urusan syarikat. Idea ini bermula dari impian seorang peniaga kecil di pasar malam yang bersemangat untuk mempunyai sebuah perniagaan jenama sendiri. 

Tuan Mohd Fakhrul sanggup berhempas pulas dan berhujan panas menguruskan perniagaan demi keselesaan keluarga di masa hadapan. Manakala, Puan Amylia Farhana pernah bekerja sebagai 'sales marketing' di sebuah hotel tempatan dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi merealisasikan impian pasangan ini. 

Tercabar dek kecaman yang diterima oleh majikannya yang menyatakan bahawa perniagaan Puan Amylia tidak akan berjaya dengan berniaga dibawah jenama sendiri, kini, Puan Amylea boleh menarik nafas lega serta berbangga diatas pencapaian produk jenama yang dibangunkannya.

Disebabkan impian yang tinggi, kegigihan dan matlamat yang jelas, maka tercetusnya idea untuk menubuhkan jenama Mylea di bawah syarikat, Amylea Group Sdn Bhd. Kini melahirkan ramai usahawan wanita yang berjaya yang mampu menjana pendapatan sendiri di bawah jenama Mylea daripada seluruh negeri di Malaysia. Selain itu, rangkaian produk Mylea juga mampu membantu wanita diluar sana menyelesaikan masalah jeragat, jerawat dan kulit kusam. 

Setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, perit-jerih kehidupan, beliau terus bangkit dan tidak pernah kenal erti mengalah bagi membuktikan bahawa jenama bumiputera di bawah syarikat tempatan juga setanding kualiti jenama luar negara dan mampu menembusi pasaran global seperti di Singapore, Brunei, Indonesia dan Arab Saudi.

Tentang Mylea


Sejajar dengan slogan "Your Beauty Our Responsibility", Mylea adalah jenama yang dipercayai untuk menghilangkan cela terutama pada jeragat sejak 2013. Menerima Anugerah Super Health Brand Asia Pacific 2018/19, jenama yang dipercayai sangat selamat digunakan dan telah diluluskan bukan sahaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi seluruh Asia Pasifik.

Permintaan dari farmasi di seluruh Malaysia dan rangkaian produk Mylea hanya tersedia di Farmasi terpilih untuk melindungi hak dan kepentingan ejen. Dan ini juga membuktikan bahawa semua produk Mylea sangat selamat untuk semua peringkat usia. Terdapat 6 produk di bawah jenama Mylea iaitu Mylea Freckles Serum, Mylea Honey Soap, Mylea Treatment Foundation dan Mylea Moisturizing Lipmatte, Mylea Pore Invisible Primer dan Mylea Lip Scrub.

Website : www.mylea.my

Facebook: Mylea Skincare Malaysia

Instagram: @mylea_hq

Untuk maklumat lanjut sila emel myleaskin@gmail.com

"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...