Sabtu, 6 Mac 2021

"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum Ke - 15 (PRU-15) akan datang.


Dalam satu wawancara khas yang dibawakan oleh UTV Media Malaysia, menyelami isi hati seorang bekas parajurit AngkatanTentera Malaysia (ATM).


Ini dikuatkan dengan hasrat Ayahanda yang sudah lama menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia dan telah aktif selama 22 tahun sejak awal penubuhannya yang memperjuangkan hak -hak rakyat yang secara sukarela.


"Ayahanda nak kuasa! Dengan kuasa ini memudahkan perjuangan selama ini dalam membantu hak-hak rakyat. Sekarang tiada kuasa, sebab itu banyak buat report polis sebelum ini.

"Ayahanda ingin membuat perubahan norma-norma baru dalam landskap politik di Malaysia! Saya mengharapkan rakyat menyokong Ayahanda naik ke parlimen, dengan kuasa ini membolehkan Ayahanda membantu rakyat.

Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Sehingga kini, masih menganggapkan dirinya sebagai tentera yang berpengalaman dalam menentang tentera komunis suatu ketika dahulu.


Seorang tentera yang bersemangat memperjuangkan kemerdekaan negara menentang komunis sebelum ini, jadi itulah jiwa pejuangnya yang kuat terhadap negara Malaysia sehingga kini.

Rani Kulup, dalam wawancara, turut memuji sifat penyatuan kaum Cina dan India di Malaysia.

Bertanya tentang pandangan Ayahanda Rani Kulup mengenai 'Rakyat kini sudah bosan dengan permainan politik di Malaysia?'

"Rakyat harus cerdik, sepatutnya seseorang pemimpin itu yang memikirkan soal rakyat, bukan rakyat memikirkan soal pemimpin, yang terjadi kini sebaliknya, sebab itu rakyat sudah bosan dengan permainan politik. Rakyat perlu perubahan politik dalam norma baru.

Ayahanda turut menasihati mana-mana ahli politik yang memperjuangkan duit sendiri bukan untuk bangsa, rakyat dan negara yang tidak memikirkan hal-hal rakyat.

"Jika diberikan peluang, peluang ini hanya sekali sahaja, Ayahanda akan lebih semangat untuk memperjuangkan hak-hak rakyat. Kerana itulah perjuangan Ayahanda sejak dari dahulu lagi.

"Penyokong-penyokong Ayahanda selama ini, jangan hanya berkata suka sahaja, namun diharapkan anda mengundi demi perjuangan rakyat di PRU-15 akan datang.

Persoalannya, parti politik manakah yang melamar Ayahanda Rani Kulup?

Untuk mengetahui parti politik mana yang melamar Ayahanda pada PRU-15 nanti. Saksikan ketibaan Ayahanda Rani Kulup di Restoran KM Dataran Velodrum, Bandar Tun Razak, Cheras pada 13 Mac 2021,  pukul 9:00 malam sekaligus meraikan sambutan sempena ulang tahun kelahiran Ayahanda Rani Kulup yang ke 66 tahun.

Nantikan siaran eksklusif secara langsung di Facebook UTV Media akan dijalankan sepanjang majlis tergempar tersebut. Nantikan!!

 



Jumaat, 5 Mac 2021

Pemberi wang pinjaman tanpa lesen dihadapkan di Mahkamah Majistret

Kuala Lumpur, 5 Mac 2021 - Seorang pemberi pinjaman wang tanpa lesen telah ditahan di mahkamah majistret kerana menjalankan perniagaan pinjaman wang secara haram.


Tertuduh, Thiagarajah A/L Rethianaraj telah memberi pinjaman wang berjumlah RM50,000 kepada Kirubanantha Moorthi A/L Gurusamy di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields kira-kira lima tahun lalu.

Mengikut undang-undang, individu yang memberi pinjaman tanpa lesen boleh dikenakan denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan yang berikutnya dan boleh dikenakan dengan sebatan sebagai tambahan hukuman jika disabitkan kesalahan.


Tindakan tersebut diambil di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang melarang pihak pemberi pinjaman wang bertindak demikian.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Afiq Nazarin, telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM8,000 namun selepas mendengar rayuan daripada peguam tertuduh, Datin Sabariah binti Othman, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000.

Mahkamah menetapkan 12 April 2021 sebagai tarikh sebutan kes.


Jersi Kelantan United FC Al-Ikhsan Sports Kualiti Premium

 Kuala Lumpur: Al-Ikhsan Sdn Bhd telah mengeluarkan jersi pasukan Kelantan United FC menerusi jenama Umbro dan sekaligus menaja kit jersi rasmi Kelab Bola Sepak Kelantan United FC.


Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) yang juga dijuluki "The Green Deers" adalah sebuah kelab yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Tidak kurang hebatnya, setelah beraksi cemerlang dalam liga M3 sehingga dinobatkan sebagai juara dan seterusnya melayakkan diri bertanding dalam Liga Perdana yang dianjurkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).


Jersi KUFC diberikan sentuhan premium dengan kualiti yang hebat. Perincian yang teliti lencana kelab dan jenama. Teknologi yang terhasil menggunakan kain 'polyester mikrofiber' berprestasi tinggi dengan teknologi 'Smart Dry' yang berfungsi untuk mengeluarkan peluh dengan pantas dari badan. Al-Ikhsan Sports menghasil jersi dengan teras DNA mereka iaitu kualiti premium pada harga mampu milik.


Jersi Kelantan United FC terkini boleh didapati dengan harga RM119.90 di semua cawangan Al-Ikhsan Kelantan dan Football Republic seluruh negara mulai 4 Mac 2021 atau boleh tempah melalui Al-Ikhsan.com mulai sekarang.


CEO Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Mr. Vach Pillutla berkata terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dari semua lapisan masyarakat dalam menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai peruncit sukan tempatan terbesar di Malaysia. Al-Ikhsan sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh anda semua. Marilah kita bersama-sama melalui masa yang penuh dugaan ini, bersama kita bangkit semula.


Selasa, 2 Mac 2021

Siasat jika ada campur tangan politik buku Sejarah Tingkatan 4 - Pemuda UMNO Shah Alam

Shah Alam, 2 Mac 2021 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam telah membuat satu laporan polis berkenaan 'Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat' yang telah dimanipulasikan fakta kandungan baru buku tersebut.

Dalam laporan polis memohon untuk menyiasat jika terdapat campur tangan politik khususnya daripada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mana penulisan isi kandungan 'Buku Teks Sejarah Tingkatan 4' ini dipercayai bermula selepas Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM diperakui sah pada 24 April 2018 dan diterbit sewaktu era pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019 cetakan pertama.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Mohd Dendera Billah bin Zamzuri berkata, pihak kementerian bersama polis perlu menyiasat semula kandungan buku di dalam buku teks tersebut. Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan dan menyeru pihak kerajaan untuk menkaji semula silibus dan kandungan buku teks tersebut.

"Seperti ada tangan ghaib yang cuba menukar fakta sejarah, kemungkinan ada aliran gerakan radikal cuba memansuhkan fikiran anak-anak muda dan memutar belitkan fakta. Saya memohon pihak polis untuk mempercepatkan siasatan campur tangan mana-mana pihak yang bertanggungjawab dalam proses penulisan kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 ini dan memansuhkan segera buku tersebut sebelum sekolah-sekolah dibuka semula," tegasnya.

"Tindakan tegas perlu dilakukan terhadap golongan yang ingin menyeleweng minda pelajar dan seolah-olah cuba mengangkat komunis dan cuba melemahkan usaha dan perjuangan anggota keselamatan negara dan kerja keras kerajaan UMNO sebelum ini dalam mencapai kemerdekaan negara," ujarnya.

"Saya percaya ada unsur hasutan oleh pihak tertentu yang boleh mengancam keharmonian di dalam negara dan sekaligus mampu memecah belahkan hubungan baik serta perpaduan antara kaum.

Turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Alumni Rakan Muda Malaysia, Mohd Ezzat Mohd Ali menegaskan bahawa akan berlaku percanggahan sejarah di antara buku teks yang lama dan baru yang menyebabkan kekeliruan terhadap anak-anak muda.

"Berlaku dua sejarah yang berbeza untuk generasi akan datang dan yang lama," ujarnya.

Isu berkaitan campur tangan politik Kerajaan Pakatan Harapan ini juga turut disokong oleh salah seorang panelis forum bertajuk "Buku Teks Sejarah Dimanipulasikan Komunis Pula Diagungkan' di laman Facebook PPUM Online, Datuk Yazid Othman, Timbalan Pengerusi Sekretariat NGO 'Menolak Buku Teks Sejarah Tingkatan 4' (BST4) yang menyatakan bahawa terdapat campur tangan bekas Timbalan Menteri Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019 dalam cetakan pertama.

Di antara persatuan NGO yang terlibat membuat laporan polis terhadap isi kandungan buku teks Sejarah Tingkatan Empat dari Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Shah Alam yang diketuai oleh Pengerusi, Mohd Radzi bin Razali. -UTVMediaMalaysia





Isnin, 1 Mac 2021

Pasti Kacak Pakai Jersey Melaka United (MUFC) Keluaran Al-Ikhsan Sport

KUALA LUMPUR: Melaka memang terkenal dengan destinasi pelancongan terkenal di Malaysia selain pilihan makanan yang lazat. Namun ada yang lebih menarik dan istimewa iaitu pasukan bola sepak Melaka United FC yang juga dikenali sebagai Hang Tuah. 

MUFC adalah pasukan yang tidak kurang hebatnya yang pasti memberikan saingan sengit terhadap lawannya. Kekacakkan wajah pemain digilai oleh gadis-gadis. Tambahan pula jika memakai kit jersi Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC). Kit rasmi untuk musim 2021 akan ditaja oleh jenama AL, iaitu jenama yang ditubuhkan oleh AlIkhsan Sports dan dibawa secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd. 


Jersi pada musim ini memberikan nafas yang baru dari segi warna yang dipilih. Pemilihan warna hijau fluoresen daripada hijau matang ini simbolik kepada revolusi pasukan ini yang berubah daripada Persatuan (Football Association) ke Kelab (Football Club). Dari segi rekaan, unsur “pixel” digunakan untuk menyerlahkan konsep yang moden, dan tona warna hijau yang pelbagai merujuk kepada keharmonian rakyat melaka yang hidup berbilang bangsa dan budaya. 

Dari segi perincian pula, AL telah meletakkan sentuhan premium pada keperincian lencana kelab dan jenama. Teknologi terkini juga diterapkan dalam penghasilan jersi ini, kain polyester mikrofiber berprestasi tinggi dengan teknologi Smart Dry yang berfungsi untuk mengeluarkan peluh dengan pantas dari badan si pemakai digunakan untuk penghasilan jersi. 

Walaubagaimanapun, AL tetap meghasilkan jersi dengan teras DNA mereka iaitu kualiti premium pada harga mampu milik Jersi terbaru MUFC boleh didapati dengan harga RM 99.00 di cawangan cawangan Al Ikhsan dan Football Republic mulai esok (1 Mac 2021) dan menerusi AlIkhsan.com mulai sekarang. Dapatkan jersi anda pada hari ini tanpa berlengah lagi!


 Mr.Vach Pillutla, CEO Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd mengatakan "Terima kasih atas semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dalam menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai kedai sukan tempatan terbesar di Malaysia. Al-Ikhsan sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh anda semua, dan mari kita bersama-sama melalui masa yang penuh dugaan ini. Bersama kita bangkit semula.”

Pemilik syarikat didakwa ‘songlap’ wang syarikat untuk kegunaan peribadi

Kuala Lumpur, 1 Mac 2021 -Tuduhan terhadap seorang pemilik syarikat perisian komputer, CSE Solution Sdn Bhd yang telah menyalah guna wang syarikat untuk kepentingan peribadi berjumlah sehingga RM603,000.00 yang diterima di dalam akaun syarikat tersebut sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh, Pemilik Syarikat CSE Solution Sdn Bhd, Shamala Dewi a/p Gurunathan, 47, berhadapan dengan hukuman di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan sehingga lima tahun atau sebat dan denda, jika sabit kesalahan.



Dikatakan, pemilik syarikat tersebut telah melakukan sebanyak tujuh transaksi selama setahun bermula pada 3 Januari 2018 sehingga 24 Disember 2018 sejak tiga tahun lalu.


Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Hakim Hasbullah Adam.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000, namun setelah mendengar rayuan peguam yang mengatakan tertuduh mempunyai empat orang anak serta kematian suami, mahkamah telah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 jumlah yang perlu dibayar. Mahkamah menetapkan 8 April 2021 sebagai tarikh sebutan kes.

"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...