Ahad, 15 Mac 2020

BUFET RAMADHAN HOTEL TENERA TAWARKAN SEHINGGA 200 HIDANGAN WARISAN

Hotel Tenera kini kembali lagi dengan Bufet Ramadhan 2020 bermula pada 25 April sehingga 22

Mei 2020. Wau!!! Begitu banyak hidangan yang disajikan! Apa yang istimewanya, para pengunjung 

boleh menikmati suasana berbuka seperti bagai di bazar ramadhan. Terdapat 50 buah gerai dengan

pelbagai pilihan yang menarik! Diantara menu yang menjadi kegemaran ramai iaitu Rendang Ayam 

Daun Maman, Gulai Darat Ayam Kampung, Gulai Tunjang, Gulai Tongkol Pecah Telur, Siput Sedut 

Masak Lemak batang Keladi, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau

Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi. Wow!

Baca nama pun dah meleleh air liur ini! Macam menarik bukan?



Selain itu, hidangan ini hasil air tangan seorang yang berpengalaman, Cef Eksekutif Hotel Tenera, 

Cef Sahisal Azrul ini yang turut disediakan adalah Ayam Hot Peri-Peri 'Yaribaaa', Seafood Goreng! 

Yummeh!! Mak Top Mi Sup Utaro/Gear Box, Pasta Pasti 'World', Lok Lok Budak Gemuk, Bubur 

Lambuk Persiaran Kemajuan, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning, Sambal Ibu Saodah, Tahu Bakar 

Udang Geragau, Cucok Udang Bas Stand, pilihan terbaik Asam Pedas Pasti Terliur, Ayam Percik 

Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, aneka Mi Goreng, aneka Roti, 

Murtabak Roti Arab, Goreng-Goreng Mak Tom, Wadei Brickfield Road, Abe Keropok dan Pelbagai 

lagi! Tak lupa juga untuk yang menggemari masakan Cina, ada juga makanan seperti Dim Sum Aliff 

Baa Ta yang disajikan bersama Sos Hoisin dan pedas, Chee Chong Fun. Sedap tau!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...