Rabu, 28 Oktober 2020

'The Masked Singer Malaysia' Minggu ke-6 - Enam selebriti bertopeng mara ke separuh akhir, siapakah yang bakal menggegar di pentas finale?

 Enam selebriti bertopeng mara ke separuh akhir,

siapakah yang bakal menggegar di pentas finalé?




 

 

Enam minggu sudah berlalu, kini pentas Separuh Akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia bakal menyaksikan 6 selebriti bertopeng membuat persembahan dan berentap demi gelaran juara musim pertama The Masked Singer Malaysia!

 

Sementara itu, pada minggu keenam yakni suku akhir program yang dihoskan oleh pengacara tersohor Datuk AC Mizal itu telahpun menyaksikan tiga selebriti – Rajah Brooke, Wau dan Reno – terpaksa akur dengan pemarkahan juri yang meletakkan mereka di ‘bottom three’. Malang sekali dengan markah terendah sebanyak 72%, identiti Chiwan Chilok di sebalik kostum Reno terpaksa didedahkan kepada juri dan para audiens kerana telahpun tersingkir.

 


 

Menurut Chiwan, beliau berasa terharu kerana rata-rata penonton program The Masked Singer Malaysia berjaya meneka namanya ketika mengenakan kostum Reno, dan tidak menyangka ramai yang mengenali suaranya biarpun dirinya kurang dikenali ramai.

 

"Berdasarkan apa yang saya tengok di Instagram dari minggu pertama lagi, ramai yang teka nama saya. Kiranya saya diterima dalam industri ini. Dengan suara saja orang boleh kenal, kiranya mereka betul-betul hargai kita.”

 

Beliau juga menyatakan terpaksa menahan diri daripada membalas mesej yang dihantar pengikut di ruangan pesanan. “Banyak yang komen dan tagged saya. Saya diam sahaja tak cakap apa-apa. Selalunya saya tak macam ni, saya akan melayan setiap mesej yang diterima.” katanya.

 

Program The Masked Singer Malaysia yang berlangsung pada Jumaat dari Royal Theater Shah Alam ini dinilai 100% oleh juri-juri tetap Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR.

 

Siapakah di antara Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Rafflesia dan Bunga Raya yang akan bergelar finalis? Saksikan pentas Separuh Akhir The Masked Singer Malaysia di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada Jumaat, jam 9 malam!

 

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Pengisian Istimewa Program TV ASTRO Sempena "Sambutan Maulidur Rasul" AKAN DITAYANGKAN!

Sempena Maulidur Rasul untuk menguatkan lagi rasa cinta dan kasih sayang kepada Rasullulah SAW. Astro mempersembahkan pelbagai pengisian menarik di saluran Oasis, NAURA, Warna, dan di platfrom digital My Salam Muslim.

Antara yang menarik di saluran-saluran Astro sempena Maulidur Rasul tahun ini adalah:

 

‘Punchline DAC: Istimewa Maulidur Rasul’

  • Astro Warna
  • 28 Oktober 2020 (Rabu), jam 9 malam
  • Sinopsis: Istimewa Maulidur Rasul ini, Datuk AC Mizal menjemput PU Azman, Yana Samsudin, dan Uncle Kentang (Kuan Chee Heng) untuk bercerita tentang pengalaman hidup yang sudah tentu boleh menjadi contoh dan tauladan bagi orang ramai.
  • Hos: Datuk AC Mizal
  • Tetamu Jemputan: Yana Samsudin, PU Azman, Uncle Kentang (Kuan Chee Heng)


‘Iman Hakiki’

  • Astro Oasis
  • 29 Oktober 2020 (Khamis), jam 10 pagi
  • Sinopsis: Iman seorang musafir yang disalah erti cuba menunjuk pandai dan mencampuri urusan masjid. Bilal yang bercita-cita menjadi pengganti imam masjid menjadi riak dengan jawatannya dan tidak suka pada Iman. Iman mahu mengimarahkan masjid tetapi Bilal mahu menutup masjid setiap kali lepas solat. Pertentangan pendapat ini membuatkan Bilal rasa tercabar, sedangkan Iman hanya mahu mengimarahkan masjid seperti di zaman Nabi Muhammad SAW, dihiasi siang dan malam dengan ayat Al-Quran, zikir dan pelbagai aktiviti agama. Berjayakah Iman Hakiki?
  • Barisan Pelakon: Hisham Hamid, PU Azman, Datuk Rahim Razali, Ruminah Sidek, Zaidi Omar, dan Atita Haris
  • Pengarah: Rashid Sibir





 

‘Life & Love with Lisa’

  • NAURA
  • 29 Oktober 2020 (Khamis), jam 8 malam
  • Sinopsis: Life & Love with Lisa adalah program yang dihoskan oleh Lisa Surihani dengan barisan tetamu yang terdiri daripada selebriti tanah air yang pernah menunaikan ibadah Haji. Tetamu-tetamu selebriti yang datang akan berkongsi perjalanan mereka sepanjang menunaikan ibadah haji dan bagaimana perubahan baru tersebut memberi makna kepada kehidupan masa kini disamping kehidupan bergelar wanita bekerjaya.
  • Hos: Lisa Surihani


 

Di platform digital My Salam Muslim pula:

 

‘Sketsa Cara Kita vs Cara Sunnah’

  • Saluran YouTube dan Instagram My Salam Muslim
  • Mulai: 27 Oktober 2020 (Selasa), jam 12 tengah hari
  • Sinopsis: Sketsa komedi yang menunjukkan perbandingan cara orang biasa menjalani situasi atau rutin harian vs cara sunnah Nabi Muhammad SAW.


 

‘MV Hadirmu Ya Rasulullah (Thola'al Badru)’

  • Saluran YouTube dan Instagram My Salam Muslim
  • 28 Oktober 2020 (Rabu), jam 8 malam
  • Sinopsis: Dendangan Thola'al Badru, selawat ke atas Rasulullah SAW yang diberi nafas baru, nyanyian Azzam Sham, Mawi, Lah Ahmad dan Fadh Majid.
  • Artis: Azzam Sham, Mawi, Lah Ahmad dan Fadh Majid

Mari sama-sama kita meraikan Maulidur Rasul sambil mengenal lebih dalam mengenai Rasullullah SAW bersama pengisian terbaik dari Astro. 

UTVMEDIA: Kami dari utvmediamalaysia mengucapkan "Salam Maulidur Rasul" kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Sabtu, 24 Oktober 2020

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN SOP SEKTOR PERUNCITAN

 

KOTA DAMANSARA, 21 OKTOBER 2020 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Dato’ Rosol Wahid hari ini mengadakan lawatan dan pemeriksaan ke pasar borong NSK Trade City, Kota Damansara, Selangor. Lawatan dan pemeriksaan ini bertujuan meninjau kecukupan bekalan dan barangan keperluan asas, selain memantau gerak kerja disusun pihak pasar raya bagi memastikan SOP yang ketat dipatuhi untuk menjamin keselamatan pekerja premis dan pelanggan. Ini penting kerana kes COVID-19 direkodkan semakin meningkat saban hari dan pematuhan SOP di kedua-dua belah pihak iaitu peniaga dan pelanggan sangat penting dalam mengelak penularan pandemik COVID-19. Setiap premis perniagaan seperti pasar raya, pusat beli belah, restoran dan sebagainya perlu memastikan mereka menyediakan kelengkapan mencukupi untuk menjalankan saringan sebelum pelanggan dan pengguna memasuki premis iaitu alat pengimbas suhu, cecair sanitasi tangan dan aplikasi MySejahtera atau buku catatan untuk rekod kemasukan pelanggan ke premis. Pelanggan dan orang awam juga diwajibkan memakai pelitup muka, menggunakan cecair sanitasi tangan, mengambil suhu badan dan mendaftar kemasukan ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku catatan disediakan pemilik premis. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan kompaun RM1,000. Page 2 Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah dilaksanakan bermula 13 Oktober 2020, manakala di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 14 Oktober 2020, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan pemeriksaan di 510 peruncit terpilih daerah (DDR) di kawasan ini sudah diperiksa setakat ini. Selain pemantauan di peringkat runcit, keberadaan bekalan juga dipantau secara mingguan di peringkat borong di keempat-empat negeri terbabit merangkumi 214 premis pemborong terpilih daerah (DDW). Pemantauan di peringkat runcit dan borong membabitkan 12 barangan harian utama iaitu gula, tepung gandum, minyak masak, telur, beras, roti, ayam, sayuran, susu tepung, bawang, ‘hand sanitiser’ dan pelitup muka. Hasil pemantauan dan pemeriksaan berterusan anggota penguat kuasa KPDNHEP sepanjang tempoh PKPB di empat negeri terlibat mendapati, semua peringkat borong dan runcit mempunyai kadar keberadaan bekalan yang mencukupi sehingga kadar 100 peratus. Oleh itu, Dato’ Rosol menasihatkan pengguna supaya tidak bimbang keputusan bekalan makanan dan tidak melakukan pembelian panik, terutama selepas kerajaan memperketatkan lagi pelaksanaan PKPB dengan mengarahkan pekerja sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan untuk bekerja dari rumah sehingga tempoh PKPB tamat. Page 3 Dato’ Rosol berkata, tindakan memberi barangan melebihi keperluan isi rumah hanya memberi kesan buruk bukan sahaja kepada pengguna kerana perlu mengeluarkan perbelanjaan tinggi, tetapi juga akan mendorong kepada kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan. KPDNHEP memberi jaminan aktiviti perniagaan khususnya kedai runcit, pusat beli belah dan pasar raya yang menjual barangan keperluan asas harian tidak akan terjejas atau terputus bekalan susulan pelaksanaan PKPB dan orang ramai boleh merancang pembelian pada kadar diperlukan pada bila-bila masa yang sesuai. Pasukan penguat kuasa KPDNHEP sentiasa komited menjalankan tugas melakukan pemantauan dan pemeriksaan berterusan bagi menjamin kesejahteraan pengguna. Negara telah mengalami fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat pada Mac hingga Mei lalu dan terbukti KPDNHEP telah berjaya melaluinya dan menjalankan peranannya dengan baik, khususnya dalam memastikan kecukupan bekalan barangan makanan dan keperluan asas harian buat seluruh pengguna. Dalam masa sama, peniaga juga diseru untuk memberi kerjasama dan diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati. Peniaga yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan dan menganiaya pengguna boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.



DUA DRAMA HEBAT TV3 BERSIARAN DI VIU OKTOBER INI

 KOLABARASI VIU DAN PRIMEWORKS STUDIOS 

DUA DRAMA HEBAT TV3 BERSIARAN DI VIU OKTOBER INI


KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2020 – Berita yang menggembirakan bagi pencinta drama-drama Melayu apabila Primeworks Studios,  penerbit dan pengedar kandungan terbesar Malaysia yang banyak memenangi anugerah dan Viu, peneraju perkhidmatan penstriman video OTT (over-the-top) serantau, menandatangani kerjasama perkongsian kandungan yang menyaksikan dua (2) drama Melayu yang mendapat kedudukan  teratas di TV3 masa kini  bersiaran di platform penstriman video terkemuka ini.

Hati Yang Tersakiti, drama bersiri 15 episod yang bersiaran di slot Samarinda, mula bersiaran di Viu secara percuma dan eksklusif dari 15 Oktober hingga 10 November 2020. Manakala, kesemua 13 episod drama Lelaki Lingkungan Cinta dari slot Lestary  pula boleh ditonton di platform OTT Viu bermula 21 Oktober.




Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, “Ini merupakan satu lagi kejayaan besar bagi kami.  Kerjasama seperti ini sangat penting supaya kami dapat mengikuti perubahan kehendak, citarasa dan aliran penonton masa kini serta secara tidak langsung membolehkan kami berkembang dan menjejak  khalayak baru yang berpotensi”.


Dua (2) drama terpilih yang ditayangkan secara percuma dan eksklusif di Viu:


Dari slot Samarinda: Hati Yang Tersakiti (15 episod)

Tarikh Siaran : 15 Oktober 2020 - 10 November 2020

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana


Hati Yang Tersakiti sebuah drama yang sarat dengan emosi mengisahkan mengenai perkahwinan pasangan suami isteri Mona dan Haris yang bahagia mula bermasalah apabila sahabat baik Mona, Farah yang baru bercerai menumpang tinggal bersama pasangan itu. Farah menjadi cemburu dengan kebahagiaan rakannya dan mula menggoda Haris. Dapatkah Haris mengelak dari berperasaan terhadap Farah? Dapatkah Mona menghidu apa yang berlaku di belakangnya?


Dari slot Lestary: Lelaki Lingkungan Cinta (13 episodes) 

Tarikh Siaran : 21 Oktober 2020 - 19 November 2020

Pelakon : Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Ruhainies, Rozita 

     Che Wan


Lelaki Linkungan Cinta drama yang diadaptasi dari novel mengisahkan mengenai pasangan remaja Esya dan Adib yang berkahwin diusia muda ketika masih belajar dikolej. Pada mulanya, Esya khuatir untuk meneruskan perkahwinan namun Adib yang terkeanl dengan kenakalannya berjaya merayu dan meyakinkan Esya yang dia akan berubah dan mengubah cara hidupnya. Rakan mereka, Zamri, mencemburui hubungan 


suami isteri ini dan mula membuat perancangan untuk memutuskannya hubungan mereka. Zamri menyebarkan khabar angin tentang Esya yang membuat Adib mempersoalkan isterinya. Mungkinkah kebenaran akan terungkap dan menyatukan kembali dua hati ini?


Langgan Viu untuk menonton rancangan premium tanpa iklan dari Korea, Indonesia, Malaysia, Thailand dan negara-negara Asia yang lain. Dapatkan potongan 40% pada bulan pertama (RM 8.00 melalui Google Pay dan RM 7.90 melalui Apple Pay) dengan melanggan Viu Premium.


Jumaat, 23 Oktober 2020

Siri animasi Islamik, Omar & Hana anjurkan ‘Little Huffaz’, pertandingan hafazan peringkat antarabangsa untuk kanak-kanak

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2020Berikutan kejayaan kempen permulaan hafazan al-Quran ‘Mini Little Huffaz’, siri animasi kartun islamik ‘Omar & Hana’ kembali dengan ‘Little Huffaz’, pertandingan hafazan Al-Quran melalui platform digital yang pertama kali diadakan untuk kanak-kanak. Little Huffaz bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak di seluruh dunia menghafal Al-Quran serta menanam rasa cinta terhadap ayat suci Al-Quran.

 


Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori umur, iaitu 3 dan 4 tahun dan 5 hingga 8 tahun. Setiap peserta dikehendaki memilih surah mengikut senarai kategori umur mereka, dan kemudian memuatnaik rakaman video hafazan melalui laman web rasmi Little Huffaz atau laman media sosial.

 

Peserta akan dinilai oleh barisan juri antarabangsa termasuklah Mufti Ismail Menk, Ustaz Yusuf Mansur, Ustaz Don Daniyal, Qari Youssef Edghouch, Furqan Fawwaz dan Mimi Jamilah. Penilaian setiap penyertaan akan berdasarkan hafalan, kefasihan, tajwid, dan kreativiti.

 

Hadiah kemenangan bagi pertandingan ini merupakan wang tunai bernilai USD500 dan piala untuk tempat pertama, USD350 untuk tempat kedua, USD250 untuk tempat ketiga, USD150 untuk tempat keempat dan akhirnya USD100 untuk tempat kelima. Setiap pemenang juga akan menerima barangan eksklusif Omar & Hana serta e-sijil.

 

Pendaftaran untuk pertandingan Little Huffaz ini dibuka dari 19 Oktober sehingga 6 November 2020. Untuk mendaftar, calon yang berkelayakan boleh melayari ohittlehuffaz.com dan terus ke halaman 'Cara Menyertai' untuk menghantar penyertaan. 

Terdapat lima peringkat bagi pertandingan ini, iaitu:

  • Peringkat 1: Peserta menghantar video hafalan
  • Peringkat 2: Pemilihan 40 peserta terbaik
  • Peringkat 3: Pemilihan 20 peserta terbaik
  • Peringkat 4: Pemilihan 5 peserta Terbaik
  • Peringkat 5: Penilaian secara langsung di peringkat akhir

Sebelum ini, ‘Mini Little Huffaz’, yang diadakan pada 3 September hingga 26 September, telah mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu sebanyak 260 penyertaan dari 17 negara yang berbeza termasuk Malaysia, Indonesia dan United Kingdom.

Ikuti laman media sosial rasmi, langgan ke saluran YouTube ‘Omar & Hana’ atau layari laman web ohittlehuffaz.com  untuk maklumat lanjut.

 


Gandingan hebat Remy Ishak, Nad Zainal & Mimi Lana di Samarinda: Hati Yang Tersakiti mulai 15 Oktober 2020

 

KERANA KAWAN, KEBAHAGIAAN TERGADAI...


Petaling Jaya, 13 Oktober 2020 - Mona dan Farah berkawan baik sejak mereka belajar di kolej. Selepas beberapa tahun, mereka berdua bertemu kembali. Mona kini hidup bahagia dengan suaminya, Haris walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, rumah tangga yang dibina berdasarkan kepercayaan mulai tergugat. Mampukah ia diselamatkan dan persahabatan yang terjalin lama dimuliakan? Atau bakal ada hati yang tersakiti ?


Terbaharu di slot Samarinda, Hati Yang Tersakiti, drama bersiri 15 episod terbitan oleh Art Ornament Sdn Bhd ini merupakan idea asal dan bukan adaptasi novel atau ‘remake’ mana-mana drama. Nukilan skrip oleh Azril Hamzah dan diarahkan oleh Feroz Kader sebagai pengarah ini menampilkan gandingan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air iaitu Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana dan Riz Amin.


Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. 


Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja. Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita. 


Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian. 


Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.


Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Hati Yang Tersakiti menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam mulai 15 Oktober 2020 di TV3.

Norma baharu kuatkan semangat kumpulan Sepahtu dan kru Sepahtu Reunion Live 2020

 



 


Norma baharu kuatkan semangat kumpulan Sepahtu
dan kru ‘Sepahtu Reunion Live 2020’

Tetap dengan misi menghibur walaupun tiada tenaga sorakan dan gelak ketawa penonton

 

21 Oktober 2020, Kuala Lumpur – Program komedi Astro Warna, Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung dari Teater Shah Alam mulai Khamis, 15 Oktober, jam 9 malam buat pertama kalinya diadakan tanpa tenaga sorakan dan gelak ketawa penonton. Namun begitu, Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh menyatakan kumpulan Sepahtu dan juga kru produksi tetap dengan misi menghibur mereka, malah menjadikan ‘norma baharu’ sebagai pembakar semangat.

 

Norzeha berkata, “Selaku hab kandungan komedi utama tanah air, penghasilan program Sepahtu Reunion Live bagi tahun ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk menghiburkan penonton Astro Warna dan peminat kumpulan Sepahtu yang sudah tentu merindukan ‘pikat line’ dari Shuib, Rahim, Jep dan Pak Ya. Dengan pengisian menarik dan menghiburkan ini, kami amat bertuah kerana masih diberikan peluang untuk menghasilkan karya seni kami walaupun dibelenggu dengan cabaran pandemik COVID-19. Pembakar semangat bagi pelawak dan kru produksi adalah kedengaran gelak ketawa dan reaksi penonton, namun, saya amat kagum dengan komitmen yang diberikan oleh semua yang terlibat; bertungkus lumus menjayakan program ini yang saban tahun kami hasilkan.”

 

Ahli kumpulan Sepahtu, pemilik nama Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib berkata beliau pada mulanya agak bimbang apabila diberitahu produksi akan berjalan tanpa penonton, namun beliau teruja untuk kembali beraksi di atas pentas.

 

Katanya, “Selama 5 tahun Sepahtu Reunion bersiaran, ini merupakan kali pertama tidak ada penonton bersama kami. Saya seronok dapat kembali. Sepahtu Reunion adalah platform yang paling saya minati dan program ini adalah sebuah kebanggaan bagi diri saya. Alhamdulillah, bila kembali, rasa syukur sangat walaupun dalam norma baharu. Walaupun siaran langsung akan berjalan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kami tak berkompromi dari segi kualiti kerja dan persiapan yang dibuat. Kami tahu ramai yang akan menonton di kaca televisyen. Jadi, kami semua akan berikan yang terbaik buat peminat kami.”

 

Saksikan Sepahtu Reunion Live 2020 setiap Khamis, jam 9 malam secara langsung di Astro Warna (127) dan Warna HD (107). Program berdurasi 60 minit ini juga boleh disaksikan di platfrom digital melalui aplikasi Astro GO dan secara strim dengan kemudahan on demand.

KENAKALAN NAIM DANIEL TIADA PENGHUJUNG?

 

KENAKALAN NAIM DANIEL TIADA PENGHUJUNG?


PETALING JAYA, 19 OKTOBER 2020 - Pelakon dan penyanyi muda, Naim Daniel sememangnya dikenali dengan sifat bertenaga dan nakal selain dari bakat besarnya. Kini Naim bakal tunjukkan sejauh manakah kenalakannya di drama Lestary: Lelaki Lingkungan Cinta yang akan bersiaran bermula 21 Oktober 2020 di TV3. Drama adaptasi novel nukilan Lily Haslina Nasir  itu akan bersiaran di TV3 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 9 malam. Drama ini juga merupakan ‘debut’ Cik B dalam dunia lakonan, bergandingan dengan Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Ruhainies, Rozita Che Wan, Syazuwan Hassan dan Rozita Che Wan. Drama 13 episod ini diterbitkan oleh Zeel Production di bawah arahan Emi Suffian.


Lestary: Lelaki Lingkungan Cinta ini mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka. Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).


Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu. Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya. 


Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya? Dapatkan jawapan persoalan-persoalan ini di Lestary: Lelaki Lingkungan Cinta, setiap hari Rabu hingga Jumaat bermula 21 Oktober 2020, pada pukul 9 malam, di TV3. 


Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan juga YouTube, Facebook, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat! Dapatkan maklumat lanjut tentang drama dan program hebat lain TV3 juga di xtra.com.my.


'The Masked Singer Malaysia' Minggu Ke-5 - Tekaan Juri Tepat! Hairul Azreen adalah Ayam Jantan1

 

    The masked singer kini lagi mengejutkan satu Malaysia, apabila munculnya tekaan juri , ayam jantan adalah Hairul Azreen! Setelah lima minggu dalam "The Masked Singer" kini identitinya telah didedahkan, juri telah meneka tekaan yang betul yang ayam jantan adalah Hairul Azreen!

Tambahan pula, juri yang mengantikan Ella pada malam itu, iaitu Janna Nick telah dapat meneka dengan betul, kerana sebelum ini pernah bekerjasama dengan bintang Paskal itu, Kantoi dek 'signature pose' nya, dan dikesan oleh pihak juri.


Hairul tidak menyangka kostum yang dipakainya boleh menjadi kesukaan terutamanya kanak - kanak, dan seorang adik lelaki menangis kerana Ayam Jantan tersingkir. Hairul tidak kisah jika nama Ayam Jantan melekat kepadanya dan berkata "Penat menaikkan nama Jerung Paskal, Tapi sekarang Ayam Jantan yang melekat. Tapi saya okay je".

Minggu ini ' The Masked Singer' yang di hoskan oleh Datul AC Mizal meyaksikan tiga selebriti disebalik kostum Ayam Jantan, reno dan Wau terpaksa akur dengan pemarkahan juri yang rendah. Malam itu, Hairul yang mempersembahkan lagu Cinta Dewa Dewi nyanyian kumpulan Spider, akhirnya tersingkir dan mendedahkan identitinya kepada para juri dan penonton Astro Warna.

 




 

Program ini yang berlangsung pada setiap Jumaat dari Royal Theater Shah Alm meyaksikan 12 selebriti membuat persembahan yang dinilai 100% oleh juri- juri tetap iaitu Datuk Aznil Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Amnuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah SINAR.


Kini, tinggal 7 sahaja di sebalik kostum- Orang Utan, Rajah  Brooke, Wau, Enggang Reno, Bunga Raflessia dan Bunga Raya yang akan berentap untuk Juara!



Siapa selebriti disebalik topeng itu? Saksikan program penuh kejutan ini di saluran Astro Warna
(CH 127) dan Warna HD (CH 107) pada setiap Jumaat, 9 Malam. Boleh distrim melalui aplikasi ASTRO GO dan kemudahan on demand.


Rabu, 14 Oktober 2020

DERMAWAN MUDA LIOW SOON HEE SUMBANG 10 JUTA PENUTUP HIDUNG DAN MULUT 'MASK' UNTUK SEMUA PELAJAR DI MALAYSIA (PECAH REKOD PENYUMBANG TERBANYAK DALAM THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS)

Setelah menaja lebih 2 juta penutup hidung kepada barisan hadapan di awal pandemik COVID-19, sekali lagi Ybhg Dato Sri Liow Soon Hee iaitu usahawan dan dermawan muda tampil mengagihkan 10 juta penutup hidung kepada semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia.


YBhg Dato Sri Liow Soon Hee bergambar bersama 10 juta penutup muka 

Di atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab sosial beliau merasakan bahawa keperluan ini perlu diagihkan dengan segera. Usaha ini digerakkan bersama akhbar Sinchew Daily's didalam satu kempen kesedaran masyarakat bertemakan "Love Yourself by Wearing Masks".

Umumnya, kali ini memfokuskan kepada golongan kanak-kanak dan pelajar di Malaysia. "Keselamatan anak-anak kita tidak boleh berkompromi demi masa depan mereka" kata Dato Sri Liow Soon Hee pada sidang media baru baru ini. Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengagihkan penutup hidung dan mulut kepada pelajar berbilang kaum di Malaysia melalui sekolah-sekolah.

Menurut pembantu peribadi Dato Sri iaitu Excella Choong " Kita memfokuskan kepada pelajar sekolah kerana ibu bapa pasti lebih merisaukan keselamatan anak-anak mereka dahulu disamping mereka adalah pelapis kepada negara". Selain itu, hadir di sidang media tersebut adalah Penggiat Masyarakat "Ayahanda Onn" yang sama-sama turut membantu menjayakan hasrat murni tersebut.


Dato Sri Liow Soon Hee bersama pembantu peribadi "Excella Choong"


"Segala perancangan pengagihan akan dibuat secepat yang mungkin dan kami mengharapkan dapat memenuhi keperluan masyarakat."- Excella Choong


Dato Sri bersama Penggiat Masyarakat, Ayahanda Onn


Lori yang membawa 10 juta penutup muka

Dato Sri Liow Soon Hee juga menyeru rakan-rakan korporat untuk serta membantu meringan beban kerajaan di waktu pandemik COVID-19 ini. Selain itu, mematuhi arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia demi menjaga keselamatan kita semua.


YAYASAN WINNER EMPEROR SEDUNIA MASUK "THE MALAYSIA BOOK OF RECORD SEBAGAI "MOST NUMBER OF FACE MASKS DONATED IN AN EVENT"


Didalam sidang media yang sama baru baru ini, Yayasan Winner Emperor Sedunia telah memecah rekod di dalam "The Malaysia Book of Record" sebagai "Paling Banyak Menyumbangkan Topeng Muka Dalam Satu Program" yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. 






Satu pencapaian yang belum dibuat oleh warga Malaysia. Rekod ini disahkan oleh wakil daripada Malaysia Book of Record dengan penyampai plak sijil kepada Dato Sri Liow Soon Hee sebagai wakil dari Yayasan Winner Emperor Sedunia. TAHNIAH diucapkan!

Saksikan video penuh di bawah!








"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...