Khamis, 11 Februari 2021

Bantu pelajar B40 miliki tablet, dalam program '1 Tablet, 1 Keluarga' - GPMSWP

KUALA LUMPUR: Inisiatif Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan (GPMSWP) untuk membantu pelajar B40 yang memerlukan peranti bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam program ‘1 Tablet, 1 Keluarga’.


Seramai sepuluh orang pelajar yang terpilih daripada sebuah sekolah menengah di setiap parlimen dalam Wilayah Persekutuan telah menerima peranti tersebut.


Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan, Khairul Rizam Abu Samah berkata, inisiatif ini timbul selepas GPMSWP menerima pelbagai maklum balas dan aduan daripada pelajar di sekitar Wilayah Persekutuan berhubung kemampuan mereka memiliki peranti bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).




“ Rintihan dan luahan daripada ibu bapa dan pelajar antara punca pemberian tablet ini di lakukan,” katanya pada sidang media yang bertempat di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul.

Sumber pembelian tablet ini adalah sumbangan orang ramai yang telah menyumbang melalui Tabung Khas Pendidikan GPMSWP.

Program ini melibatkan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Perak Bandar Baru Sentul dan MPP Parlimen batu.

Pengerusi MPP Parlimen Batu, Haji Gulam Muszafar Gulam Mustakim, menyaksikan tandatangan memorandum kerjasama antara kedua belah pihak.



GPMSWP juga menyasarkan golongan pelajar yang kurang kemampuan dan memastikan inisiatif 1 Tablet, 1 Keluarga dapat diperluaskan di kawasan parlimen lain dalam Wilayah Persekutuan.
-UTV MEDIA MALAYSIA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...