KUALA LUMPUR: Yayasan Pelindung dan Kesedaran Pencegahan Malaysia (YPKPJM) telah melancarkan 'konvoi' program bantuan khas di kawasan DUN Kijal, Kemaman, Terengganu dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Terengganu bersama Eko Indrajaya Trading dan peniaga-peniaga Acheh Zon Puchong, Selangor.
Sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan bernilai lebih RM50,000 kepada 300 keluarga golongan b40 dan kurang nasib baik serta mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
YPKPJM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang menjalankan aktiviti kebajikan dan keselamatan melalui program kemasyarakatan disamping memupuk sikap saling membantu dan tanggungjawab sesama ahli dan masyarakat.
Pengerusi Yayasan Pelindung dan Kesedaran Pencegahan Malaysia, YBhg. Dato' Tun Isham bin Safiee berkata, sejajar dengan hasrat penubuhan YPKPJM, kami mengambil inisiatif mengumpulkan barangan keperluan dan makanan bersama para penyumbang untuk disampaikan kepada golongan yang terjejas semasa krisis COVID-19 seperti sekarang.
"Ada keluarga yang terpaksa mencatu makanan, kerana bimbang makanan habis. Mereka sangat memerlukan bantuan sama ada dari segi makanan mahupun kewangan,"katanya.
Majlis pelepasan konvoi program ini disempurnakan oleh Y.M Tengku Mahri B Tengku Chik, Jawatankuasa UMNO Perhubungan Negeri Terengganu di Perkarangan Pusat Operasi YPKPJM, No 48. Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 52200 Danau Kota, Kuala Lumpur. Seramai 40 orang ahli YPKPJM dan wakil peniaga-peniaga Acheh Zon Puchong turut dalam misi bantuan ini dengan menggunakan 2 buah lori 'bonded' dan 15 'truck pick -up' bagi membawa muatan barangan yang telah disusun kepada penerima bantuan.
Wakil Peniaga Acheh, Pemilik Eko Indrajaya Trading, Dato Dr Haji Eko Indrajaya berkata, bantuan ini adalah merupakan tanda penghargaan terima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana memberikan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga Acheh.
"Tanggungjawab kami untuk membantu kepada pihak yang terkesan ketika Covid-19, selain berasa berbesar hati untuk memberikan bantuan di Terengganu, ini adalah misi yang keempat kami,"katanya pada sidang media yang berada di Taman Danau Kota.
Ketua Persatuan Masyarakat Melayu Acheh Puchong, Ustaz Haji Mohd Sayuti bin Hamdansyah berkata, mengharapkan program ini dapat menjalinkan dan merapatkan jalinan ukhuwah sesama serumpun Melayu di Malaysia.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Tun Isham bin Safiee, Pengerusi Yayasan Pelindung dan Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia bersama YB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said, Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal di DUN Kijal, Kemaman, Terengganu. -UTVMEDIAMALAYSIA





Tiada ulasan:
Catat Ulasan