Kini, Mereka kembali semula mengegarkan dunia dengan Konsert Apologia hasil gabungan dua
nama hebat iaitu Dato Awie dan Search.
Dato Awie juga berkata "ia adalah satu penghormatan yang di berikan kepada saya kerana dapat
bergabung bersama Search dan kumpulan ini sangat beliau hormati sejak dari dulu".
Konsert ini bakal diadakan pada 28 Mac 2020, jam 9 malam di The Bee, Publika Kuala Lumpur.
Yang pastinya, peminat-peminat genre rock wajib untuk datang ke konsert ini dan kita tahu bahawa
kumpulan Search dan Dato Awie sering membuat persembahan yang mantap!
Diantara pengisian konsert tersebut, mereka juga mengadakan segmen khas sebagai penghargaan
kepada bekas pemain dram Search iaitu arwah Yazit Ahmad.
Kejutan yang lain hanya akan diketahui apabila anda datang sendiri ke Konsert Apologia Search dan Dato Awie.
Selain itu, lagu lagu yang bakal didendangkan juga adalah daripada lagu lagu yang baru dan juga lagu-lagu popular kumpulan itu dan Dato Awie.
Tiket untuk konsert anjuran Imaginex ini berharga RM299 (VIP) dan RM199 (Rock Zone). Setiap
pembelian tiket VIP layak mendapat sehelai t-shirt, CD dan poster untuk pembelian tiket Rock Zone.
Maklumat mengenai tiket sila layari www.ilassotickets.com atau telefon hotline 03-21706333.
Yeah, Rock !



Tiada ulasan:
Catat Ulasan