Khamis, 27 Februari 2020

Pesta "Le French Festival 2020" Lebih Hangat di Malaysia!

Bonjour!  Negara France sangat terkenal dengan budaya dan kesenian. Pertukaran budaya bakal
berlaku di Malaysia, dan warga Malaysia dapat menyaksikan pertunjukan budaya Perancis melalui
tayangan  filem,pameran seni, persembahan muzik dan teater dan masakan dan sebagainya  buat julung kalinya! Jadi kepada mereka yang ingin merasai kehidupan ala-ala Perancis wajib datang ke festival ini!


 Le French Festival (LFF) berlangsung dari 19 Mac 2020 sehingga 26 April 2020. LFF adalah
anjuran Alliance Francaise (AF) dan bekerjasama bersama kedutaan Perancis di Malaysia. Ini
adalah acara tahunan edisi ke -19. Festival ini juga bertapak di empat buah bandaraya iaitu di Kuala
Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Penganjur dari Kedutaan Perancis di Malaysia juga menjemput bintang rock terkemuka, Manu Chao.
Selain itu, Chef Selebriti Malaysia, Anis Nabilah turut menjadi senarai tetamu dalam 'Friend of the Festival' (Rakan festival) diatas sokongan dan minat beliau terhadap gaya kehidupan Perancis.

Diantara aktiviti menarik sepanjang program LFF ini berlangsung adalah:

  • Festival filem Perancis Terbesar di Malaysia melibatkan 17 filem yang memenangi anugerah filem baru baru ini (Beserta sarikata dalam bahasa Inggeris)
  • Pemuzik-pemuzik dari pelbagai ras yang mempersembahkan muzik Perancis
  • Pertunjukan teater secara langsung
  • Acara Art de Vivre termasuk bengkel pembuatan roti, sesi merasai makanan dan minuman, kelas memasak dan pelbagai lagi!

Beberapa sorotan menarik yang lain untuk dilihat pada LFF termasuk:

  • "The Malaysian Premiere of 'Solstice Lunaire'
  • "Gasp by Company Circoncentrique"
  • Roger Kasparian-The Eyes of the Sixties"
  • Bengkel Pembuatan Roti


Menurut penyelaras kebudayaan festival dari Alliance Francaise Kuala Lumpur, Julie Loffi, "Tahun 
ini akan kami bawakan sesuatu yang menarik untuk rakyat Malaysia melalui lima deria rasa iaitu penglihatan, bunyi, rasa, bau dan sentuhan". Bagi acara Art de Vivre, LFF berkolaborasi dengan pembuat minyak wangi terkenal Perancis, yang akan membawa kita ke pengembaraan wangian eksotik Perancis.

Kepada penggemar festival boleh mengunjungi Le French Festival 2020 pada tarikh dan lokasi 
tersebut:

                      Kuala Lumpur             : 19 Mac- 5 April 2020
                Penang                         : 9 April- 19 April 2020
               Johor Bahru                 : 16 April- 19 April 2020
                Kota Kinabalu             : 23 April- 26 April 2020

Festival Le French Festival 2020 ini dibawakan oleh Martell dan rakan Festival Filem Perancis, Golden Screen Cinemas.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.lefrenchfestival.com.my.

Laman web rasmi: www.lefrenchfestival.com.my
Laman Facebook: facebook.com/lefrenchfestivalmy
Laman Instagram: @lefrenchfestival_my
Tanda pagar rasmi di media sosial: #lefrenchfestivalmy #lefrenchfestivalmy2020 #lffkl

Sukarelawan, tempahan (acara merasa dll), pertanyaan am info@lefrenchfestival.com.my/ 
+60 3-26947880



PS: Dari pihak UTVMEDIAMALAYSIA telah menonton filem Selfie! Ia nya filem yang seronok dan sangat kelakar! Terima Kasih kepada team LFF2020!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...