Ahad, 15 Mac 2020

BUFET RAMADHAN HOTEL TENERA TAWARKAN SEHINGGA 200 HIDANGAN WARISAN

Hotel Tenera kini kembali lagi dengan Bufet Ramadhan 2020 bermula pada 25 April sehingga 22

Mei 2020. Wau!!! Begitu banyak hidangan yang disajikan! Apa yang istimewanya, para pengunjung 

boleh menikmati suasana berbuka seperti bagai di bazar ramadhan. Terdapat 50 buah gerai dengan

pelbagai pilihan yang menarik! Diantara menu yang menjadi kegemaran ramai iaitu Rendang Ayam 

Daun Maman, Gulai Darat Ayam Kampung, Gulai Tunjang, Gulai Tongkol Pecah Telur, Siput Sedut 

Masak Lemak batang Keladi, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau

Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi. Wow!

Baca nama pun dah meleleh air liur ini! Macam menarik bukan?



Selain itu, hidangan ini hasil air tangan seorang yang berpengalaman, Cef Eksekutif Hotel Tenera, 

Cef Sahisal Azrul ini yang turut disediakan adalah Ayam Hot Peri-Peri 'Yaribaaa', Seafood Goreng! 

Yummeh!! Mak Top Mi Sup Utaro/Gear Box, Pasta Pasti 'World', Lok Lok Budak Gemuk, Bubur 

Lambuk Persiaran Kemajuan, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning, Sambal Ibu Saodah, Tahu Bakar 

Udang Geragau, Cucok Udang Bas Stand, pilihan terbaik Asam Pedas Pasti Terliur, Ayam Percik 

Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, aneka Mi Goreng, aneka Roti, 

Murtabak Roti Arab, Goreng-Goreng Mak Tom, Wadei Brickfield Road, Abe Keropok dan Pelbagai 

lagi! Tak lupa juga untuk yang menggemari masakan Cina, ada juga makanan seperti Dim Sum Aliff 

Baa Ta yang disajikan bersama Sos Hoisin dan pedas, Chee Chong Fun. Sedap tau!


Selasa, 3 Mac 2020

Save Our Rainforest Race 2020

26hb Februari 2020, KUALA LUMPUR- Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Malaysia 

ingin mengumumkan pelancaran acara Save Our Rainforest Race (SORR) 2020. Acara tahunan ini

bakal menyaksikan peserta merentasi Kawasan Hutan Universiti Teknologi MARA, Cawangan

Pahang, Kampus Jengka pada 28hb Mac 2020. Tahun ini merupakan edisi kelapan PEKA

menganjurkan SORR tahunan, yang telah bermula di Pahang pada tahun 2013,dan seterusnya di

Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan di Hutan Simpan Sg. Kerling, Selangor, dan Melaka pada

tahun 2019.




SORR kali ini akan dianjurkan bersama Universiti Teknologi Mara, Cawangan Pahang, Kampus

Jengka bersempena Hari Hutan Antarabangsa. Turut berkolabirasi, JOMRUN sebagai urusetia

penyertaan online. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 160.00 satu pasukan, termasuklah

sarapan dan makan tengahari, medal, baju, no bib, cenderahati dan cabutan bertuah. PEKA

menyasarkan sejumlah 1000 hingga 1,500 peserta untuk acara SORR tahun ini.

SORR adalah acara yang unik di Malaysia, dimana peserta mengharungi hutan secara berpasangan

menyelesaikan tugasan di check point iaitu penanaman anak pokok hutan. Tema SORR kali

ini adalah "No Forest No Life". PEKA memilih tema tersebut untuk memupuk kesedaran pentingnya

hutan terhadap kehidupan. kata YBhg Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil.

President PEKA Malaysia ketika pelancaran SORR 2020 di Concorde Hotel Kuala Lumpur.

Pendaftaran secara online di http://jomrun.com/event/save-our-rainforest-race ataupun 

www.pekamalaysia.org. Untuk maklumat lanjut Yatie-016 6084510, Asma-014 322 9895

Klip Video Miss Diva Single Terbaru Ifa Raziah Umpama Cerita Fantasi Dongeng

Ifa Raziah kini tampil dengan single terbaru berjudul Miss Diva ala ala cerita dongeng, lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan Komposer Indonesia Ressa Herlambang.


Lagu bergenre Pop Dance itu siap dirakamkan tahun lalu sementara Music TV (MTV) yang
mendapat sentuhan hebat daripada pengarah muda iaitu Syahid Rushdan pula
dirakamkan pada Januari lalu. MTV itu ditaja oleh BQueen Beauty Spa.
Kata Ifa, atau nama penuh Saripah Razaih Mustapha, ini adalah kali kedua bekerjasama dengan
Hafiz selepas lagu Starlela yang dilancarkan pada Julai 2019.


Untuk single terbaru ini, ifa turut bekerjasama dengan Universal Music Asia. Bercakap mengenai MTV,
kata Ifa berbesar hati diberi peluang mengenakan 1,400 butir permata jenis Aquamarine bernilai
RM3 Juta, set anting-anting bernilai lebih RM300,000 dan dua cincin bernilai RM65,000.


Dalam MTV itu Ifa dijelmakan sebagai ratu jahat persis Queen Ravenna lakonan Charlize Theron
dalam filem The Huntsman: Winter's War. Watak Queen Ravenna mirip Miss Diva yang menganggap dirinya hebat dan meletup. Namun Ifa berkata ia hanyalah lakonan dan dirinya masih Ifa yang sama. 

Youtube video:-



"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...