Selasa, 3 Mac 2020

Klip Video Miss Diva Single Terbaru Ifa Raziah Umpama Cerita Fantasi Dongeng

Ifa Raziah kini tampil dengan single terbaru berjudul Miss Diva ala ala cerita dongeng, lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan Komposer Indonesia Ressa Herlambang.


Lagu bergenre Pop Dance itu siap dirakamkan tahun lalu sementara Music TV (MTV) yang
mendapat sentuhan hebat daripada pengarah muda iaitu Syahid Rushdan pula
dirakamkan pada Januari lalu. MTV itu ditaja oleh BQueen Beauty Spa.
Kata Ifa, atau nama penuh Saripah Razaih Mustapha, ini adalah kali kedua bekerjasama dengan
Hafiz selepas lagu Starlela yang dilancarkan pada Julai 2019.


Untuk single terbaru ini, ifa turut bekerjasama dengan Universal Music Asia. Bercakap mengenai MTV,
kata Ifa berbesar hati diberi peluang mengenakan 1,400 butir permata jenis Aquamarine bernilai
RM3 Juta, set anting-anting bernilai lebih RM300,000 dan dua cincin bernilai RM65,000.


Dalam MTV itu Ifa dijelmakan sebagai ratu jahat persis Queen Ravenna lakonan Charlize Theron
dalam filem The Huntsman: Winter's War. Watak Queen Ravenna mirip Miss Diva yang menganggap dirinya hebat dan meletup. Namun Ifa berkata ia hanyalah lakonan dan dirinya masih Ifa yang sama. 

Youtube video:-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...