Ahad, 28 Februari 2021

ANGKASA taja biasiswa pendidikan kepada 100 pelajar anak-anak ahli Koperasi

Kelana Jaya, 28 Februari 2021- Demi memperkasakan pendidikan terhadap golongan pelajar siswa, Yayasan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 Juta untuk pendidikan anggota dan anak-anak ahli koperasi di seluruh Malaysia. Dalam Majlis Perasmian Penutup Program Motivasi Secara dalam talian pada petang tadi telah dirasmikan oleh YB Wira Hajah Mas Ermieyati Hj. Samsudin telah disaksikan oleh hampir kira-kira 100 penerima biasiswa ANGKASA yang menonton perasmian  secara talian melalui applikasi 'meeting online'.

Peruntukan ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berfikir secara kritis dan tahan kepada cabaran dan persediaan pelajar untuk melangkah ke dunia pekerjaan. Selain itu, memupuk sikap keusahawanan dan meningkat prestasi diri dalam program secara talian selama 2 hari bermula 27 Februari 2021 sehingga 28 Februari 2021 yang  disertai seramai 100 orang pelajar yang bertuah.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Wira Hajah Mas Ernieyati Hj. Samsudin berkata, pelajar yang terpilih seharusnya tidak sambil lewa  dan perlu mengambil peluang  menimba ilmu sedalamnya dalam program ini. Pelbagai inisiatif yang ditawarkan kepada belia seperti program Siswapreneur dan Protege.

"Pelajar masa kini, perlu memainkan peranan dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan, pelajar yang terpilih sangat bertuah kerana kesungguhan pihak ANGKASA yang sentiasa berhubung dengan pelaja-pelajar walaupun dalam masa pengajian,pelajar ini adalah duta kecil kepada ANGKASA dalam memperkenalkan peranan dan program di ANGKASA,"katanya pada sidang media petang tadi.

Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, gerakan Koperasi akan sentiasa menyumbangkan kepada pembangunan masyarakat seperti program berimpak tinggi seperti ini.

"Koperasi memainkan peranan yang penting dalam penbangunan negara, program ini adalah satu usaha keprihatinan kami kepada masyarakat. Sehingga kini, kita telah menawarkan biasiswa ini kepada lebih 1000 orang yang telah mendapat manfaat dari program ini."

"Kami komited untuk menggalakkan peningkatan generasi graduan Yayasan ANGKASA dalam bidang keusahawanan koperasi. Program ini juga sebagai persiapan mereka untuk menawarkan diri ke alam pekerjaan."

"Saya berharap semua pelajar perlu memberikan penekanan kepada pencapaian akademik untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama. Pengiktirafan Ijazah kelas pertama akan dibiayai 100%, kelas ke dua ke atas akan mendapat 60% (40% dari jumlah pembiayaan perlu dibayar semula) dan kelas ke dua bawah, 40% biasiswa (60% dari jumlah pembiayaan perlu dibayar semula). Selain itu, pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA juga tidak dikenakan sebarang caj faedah atau bunga."

"Pihak ANGKASA berpendapat bahawa segala keuntungan yang diperoleh akan dikongsikan dan dipulangkan kepada ahli-ahli koperasi melalui salah satunya pembiayaan seperti ini dan ANGKASA akan memperuntukkan 1 Juta setahun kepada Yayasan ANGKASA bagi memberikan pembiayaan kepada ahli koperasi dan anak-anak ahli koperasi."

"Pelajar-pelajar pembiayaan Yayasan ANGKASA merupakan pelapis warga koperasi pada masa hadapan. Saya berharap pelajar dapat mempersiapkan diri dengan menambah ilmu serta kemahiran ke arah masa depan yang lebih baik. Disamping itu, dapat membantu gerakan Koperasi mencapai kecemerlangan di Malaysia."

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah didaftarkan pada 12 Mei 1971 di bawah Ordinan Koperatif 33/1948. ANGKASA ditubuhkan hasil resolusi Kongres Kerjasama Kedua yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua.

ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan sentiasa memberi komitmen dalam usaha membantu pelajar menerusi lapan sektor pembangunan perniagaan koperasi seperti sektor Kewangan, Pemborongan dan Peruncitan, Inovasi dan Teknologi, Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan, Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Hartanah dan Industri Binaan serta Pembangunan Komuniti.

ANGKASA telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 Juta untuk pendidikan anggota dan anak-anak anggota koperasi melalui Yayasan ANGKASA. Sehingga Disember 2020, Yayasan ANGKASA telah memberikan pembiayaan sejumlah RM14,578,000 kepada 1,127 orang pelajar. Sejumlah RM4,320,408 pembiayaan telah diubah kepada biasiswa yang melibatkan 549 orang pelajar. ANGKASA juga telah memperuntukan sebanyak RM1,100,000 untuk pelaksaksanaan program pembangunan pendidikan.

Wakil pelajar program motivasi pembiayaan Yayasan ANGKASA sesi 2021, Muhammad Nurfitri bin Muhd Faisalni berkata, melahirkan rasa kesyukuran di atas inisiatif Yayasan ANGKASA kerana mewujudkan program motivasi seperti ini untuk manfaat anak-anak ahli koperasi.

"Walaupun dunia melanda pandemik Covid-19, ia tidak menjadi penghalang untuk program motivasi ini diteruskan kerana akan di lakukan secara talian,".katanya melalui talian yang dipancarkan di layar skrin pentas di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz.

Yayasan ANGKASA berperanan menyediakan kemudahan pembiayaan Pendidikan boleh ubah untuk anggota koperasi, anak anggota koperasi yang melanjutkan pengajian sepenuh masa atau separa masa pengajian jarak jauh (PJJ) di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) dalam negara. Pemilihan peserta program dipilih terhad kepada anak-anak anggota ahli KOPERASI.


Penganugerahan biasiswa merupakan manfaat daripada ANGKASA kepada anak-anak anggota koperasi di atas prestasi dan pencapaian yang cemerlang dalam pendidikan selain merupakan motivasi kepada mereka.

Untuk pertanyaan dan maklumat mengenai Yayasan ANGKASA, boleh hubungi Pengurus Yayasan ANGKASA (Haslinda Ahmad) di 019 750 0878/03 7886 3357 atau di www.yayasanangkasa.coop @ www.angkasa.coop.

Selasa, 23 Februari 2021

"Fungsi dan peranan parlimen telah dihapuskan, mohon pendekkan tempoh darurat," - Datin Paduka Dr Tan Yee kew

WANGSAMAJU: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew bersama wakil-wakil organisasi dan penduduk di Wangsa Maju ingin menyerahkan 'surat rayuan rakyat' kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku oleh Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkenaan isu politik tidak stabil didalam negara.

Isu ini dibangkitkan oleh pelbagai lapisan masyarakat dan memegang pelbagai jawatan dalam komuniti dan organisasi masing-masing telah tampil untuk menyerahkan surat rayuan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong. Golongan yang terbabit adalah termasuk ketua -ketua kampung, bekas kakitangan kerajaan, wakil surau dan rumah ibadat, wakil KRT dan persatuan penduduk dan Majlis Perwakilan Masyarakat.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkata, terlalu banyak menerima aduan tanpa henti dan rayuan meminta bantuan dari rakyat dalam Wangsa Maju.

"Suara rakyat tidak dapat disuarakan dengan betul, fungsi dan peranan parlimen telah dihapuskan dengan itu suara rakyat tidak dapat didengari dengan betul. Sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk menyuarakan masalah, rungutan dan kegelisahan anak buah saya di Parlimen. Namun penggantungan Parlimen telah menafikan saya berbuat demikian. Oleh itu, rakyat tiada pilihan selain mengemukakan perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

Antara isu yang dibangkitkan adalah kesulitan kewangan yang dihadapi penduduk Wangsa Maju, kerisauan mereka terhadap ketidakstabilan dan kegagalan fungsi kerajaan.

"Keyakinan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional telah hilang dalam membendung pandemik dan memulihkan ekonomi negara. Untuk menangani situasi krisis masa kini, kita memerlukan kerajaan kuat dan stabil,"

"Oleh itu, kami memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan kebijaksanaan dan kuasa perlembagaan untuk membantu rakyat dan negara dengan melantik seorang Perdana Menteri yang mempunyai sokongan majoriti,"

"Selain memohon untuk memendekkan masa 'darurat' yang tidak membantu menbendung pandemik, tetapi sebaliknya telah menghambat pemulihan ekonomi negara, melemahkan peranan dan fungsi Parlimen, dan mencemarkan imej negara terutamanya kepada pelabur-pelabur asing,"

Wakil Kampung, imej pelabur menyangka darurat tidak stabil. Jualan sahabat di Johor tidak membenarkan jualan di Singapore, selain pelik mahkamah dan peniaga boleh seperti biasa, parlimen adalah tempat keseimbangan untuk menyatakan pendapat. 

"Banyak rakyat yang terjejas dan kehilangan pekerjaaan, selain wang tidak mencukupi disebabkan keadaan darurat,"

Wakil Veteran Tentera Kampung Setia Jaya, Encik Adnan berkata, memohon Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin memikirkan masalah rakyat, jika tidak mampu, mohon letak jawatan dan beri pada yang layak dan memohon keprihatinan dan kedaulatan YDPA dalam isu tersebut

Wakil Persatuan Kebajikan Pelita Insan Malaysia, N.A Sri Tharan, terkesan dengan graduan yang berhabis beribu untuk pengajian tetapi sekarang terrpaksa menjadi pemandu grab sahaja. Masa depan anak muda kini terjejas.

Mahasisiwa daripada Universiti Awam juga terkesan dengan pembelajaran online yang tidak nampak rasional keputusan kerajaan dan tidak jelas. 

"Hal ini sebagai tidak wajar, mengharapkan kerajaan yang boleh buat keputusan yang cepat dan tepat. Sangat terkesan dengan proses pembelajaran online pada masa kini dan masih tidak mendapat perancangan yang jelas dari pihak kerajaan. 

Wakil Penduduk Wangsa Maju, Zainal Abidin, rakyat tiada sumber pendapatan untuk membiayai makanan dan sewa rumah. 

"Ekonomi di kawasan kami sangat teruk, saya takut gejala-gejala tidak sihat akan berlaku di kawasan daerah kami. Harap dapat mendengar keluhan daripada pihak Yang di-Pertuan Agong di kawasan kami,"ujarnya -UTVMediaMalaysia





Campurtangan Politik di Pasar Pagi Sungai Long, Wujud Persatuan Baharu

KAJANG: Berikutan rentetan kisah perpindahan tapak niaga pasar pagi yang berada di Sungai Long, Kini muncul konflik baru yang menyebabkan Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bandar Sungai Long telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sungai Long terhadap Ahli Majlis, Khoo Kim Han berikutan wujudnya persatuan baru iaitu Pertubuhan Penjaja dan Peniaga Kecil Laman Niaga Komuniti Bandar Sungai Long di Laman Niaga Komuniti Bandar Sungai Long.

Sebelum ini, isu tapak Pasar Pagi Sungai Long telah tular berikutan isu perpindahan tapak yang diarahkan oleh pihak Majlis Pembandaran Kajang dan seterusnya bersetuju untuk membenarkan Pasar Pagi Sungai Long beroperasi di tapak lama seperti biasa sehingga pasar tapak kekal siap dibina. Usaha ini akan mengambil masa dianggarkan selama 2 tahun setengah iaitu dijangka siap pada pertengahan 2023. Persatuan yang sudah lama bernaung di bawah pentadbiran Pasar Pagi Sungai Long iaitu Persatuan Peniaga- Peniaga Kecil Bandar Sungai Long telah lama wujud dan berdaftar dibawah Akta Pertubuhan 1966 dan telah didaftarkan pada tarikh 27 haribulan Julai 2009.

Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bandar Sungai Long, Fanny Lim berkata, dengan adanya persatuan baru ini akan menyebabkan konflik pada masa akan datang jika tapak kekal disiapkan.

"Persatuan kami sudah lama wujud, namun setelah kejadian berikut, muncul satu ahli jawatankuasa persatuan baru iaitu Pertubuhan Penjaja dan Peniaga Kecil Laman Niaga Komuniti Bandar Sungai Long. Kenapa perlu wujudnya dua persatuan jika peniaga adalah dari tempat yang sama? Jawatankuasa baru juga adalah peniaga-peniaga asal di tapak Pasar Pagi Sungai Long yang berpindah Laman Niaga Komuniti Sungai Long. Selain, tiada perbincangan diadakan di antara kami, ini akan menyebabkan muncul konflik pada masa akan datang,"ujarnya.

"Seperti semua tahu, kita sudah lama mempertahan tapak tersebut, tidak patut ada persatuan baru diwujudkan tanpa pengetahuan kami, ini akan menyebabkan huru-hara dan berpuak-puak. Tindakan pemimpin tersebut akan menyebabkan peniaga-peniaga berpecah belah kerana agenda politik. Kami membantah persatuan baru ini diwujudkan dan diharap dapat dibubarkan supaya dapat kekalkan satu persatuan sahaja demi keamanan semua pihak,"tambahnya.

"Selain memohon agar pihak berkuasa dapat mengalihkan batu konkrit yang diletakkan di tapak pasar pagi Sungai Long dengan alasan ingin menaik taraf semula jalan namun sehingga sekarang masih tidak lagi memulakan projek naik taraf tersebut,"tambahnya lagi.

Peniaga Pasar Pagi Sungai Long, Pemilik Healthy Treats Popiah, Gibson Culas berkata, penambahan lesen kepada peniaga-peniaga baru di Laman Niaga Komuniti Bandar Sungai Long akan menyebabkan konflik akan berlaku pada masa akan datang.

"Kita tahu pihak berkuasa akan memberikan lesen kepada peniaga-peniaga baru di tapak kekal, Laman Komuniti Sungai Long, tempat baru tidak cukup untuk menampung kesemua peniaga-peniaga asal di Pasar Pagi Sungai Long, jika sebelum ini persatuan kami yang menguruskan dan kita boleh aturkan peniaga-peniaga lama, persatuan baru tiada rekod, ini mungkin akan menimbulkan pergaduhan. Malah lebih baik satu sahaja persatuan yang sudah lama dalam menganjurkan pasar pagi disini,"ujarnya.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, mempertikaikan dan menyelar pihak berkuasa kerana menubuhkan persatuan baru di kawasan pasar tersebut.

"Campurtangan politik telah menyusahkan banyak pihak terutamanya kepada peniaga, saya harap pihak polis dapat siasat, dimana ada empat pemimpin politik DAP, Khoo Kim Han, Chan Boon Hock, Kwan Say Hong dan Hoh Mun Onn telah menyusahkan peniaga di Sungai Long kerana mewujudkan persatuan baru. Apa tujuan pertubuhan ini diwujudkan? Adakah ingin menjadi penganjur untuk kutip duit? Selain ingin membuat aduan kepada Datuk Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) menyiasat jika ada sesuatu atau dalang yang berlaku,"katanya pada sidang media hari ini.

"Selain menyoalkan kehadiran batu- batu konkrit di tapak asal Pasar Pagi Sungai Long yang telah menyebabkan kerugian terhadap peniaga-peniaga di pasar Sungai Long, apa tujuan batu ini diletakkan? Mohon siasat dan jangan menyebabkan perselisihan diantara peniaga-peniaga dengan menggunakan kuasa politik untuk menekan peniaga-peniaga di sini,"tegas Presiden IKHLAS tersebut.

Pasar Pagi Sungai Long adalah sebuah pasar tempatan yang terletak di Bandar Sungai Long, Cheras. Menjual barangan pasar komuniti seperti daging mentah, makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai seramai lebih 100 peniaga yang telah beroperasi selama lebih 20 tahun. -UTVMediaMalaysia



Isnin, 22 Februari 2021

Tempoh percubaan aplikasi Trac Virus pantau Covid-19 secara langsung di KLIA bermula hari ini

SEPANG: YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) hari ini membuat lawatan rasmi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi melihat operasi keselamatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Lawatan rasmi tersebut bermula di Aras 3, kawasan ketibaan penumpang dan disusuli di kawasan pemeriksaan kesihatan, kawasan pemeriksaan passpot, kawasan pengurusan operasi APM dan kawasan pengurusan penghantaran penumpang ke pusat kuarantin.


Menteri Tugas-Tugas Khas membuat lawatan ini bagi tujuan melihat tahap kesediaan anggota APM serta memastikan kelengkapan semasa bertugas untuk menguruskan pergerakan penumpang di sini. APM yang juga agensi di bawah portfolio beliau, telah memulakan pemerkasaan pasukan APM secara rasmi pada 5 Februari lalu sebagai Agen Basmi COVID-19 (ABC-19).

ABC-19 adalah inisiatif terkini kerajaan dalam memastikan masyarakat di negara ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta pematuhan pencegahan COVID-19. Mereka juga berperanan dalam memperluaskan menyampaikan mengenai kepentingan vaksin.

ABC-19 yang dirancang akan membabitkan tujuh entiti komuniti antaranya Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM); jawatankuasa dalam komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam majlis yang sama, Aplikasi Trac Virus diperkenalkan iaitu aplikasi pengesan jejak COVID-19 secara langsung dan masih dalam tempoh percubaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA). Aplikasi Trac Virus ini bagi memantau kemasukan setiap individu ke negara ini. tempoh percubaan selama dua minggu akan dijalan bermula hari ini.

Aplikasi ini menyediakan kemudahan dalam lapan bahasa iaitu Bahasa Melayu, Mandarin, Jepun, Arab, Thailand, Bahasa Inggeris, Korea dan Indonesia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, sistem ini adalah untuk memperkasakan lagi tugas barisan hadapan oleh APM untuk memikul tanggungjawab pengesanan data COVID-19 secara langsung dalam perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Appstore, serta memudahkan individu yang datang ke negara ini dengan mengisi secara talian, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter pemeriksaan pintu masuk utama negara," katanya pada sidang media di KLIA malam tadi.

"Jika aplikasi ini berjaya membawa keberhasilan, maka ia akan diteruskan dan diperluaskan lagi untuk digunakan di tempat lain demi mengesan dan memudahkan data pengesanan COVID-19 secara langsung dan cepat,"tambahnya lagi. + UTV MEDIA MALAYSIA




'Konvoi' misi khas bantuan banjir di Kemaman, Terengganu oleh Yayasan Pelindung dan Kesedaran Pencegahan Malaysia gabungan Peniaga- Peniaga Acheh Zon Puchong

KUALA LUMPUR: Yayasan Pelindung dan Kesedaran Pencegahan Malaysia (YPKPJM) telah melancarkan 'konvoi' program bantuan khas di kawasan DUN Kijal, Kemaman, Terengganu dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Terengganu bersama Eko Indrajaya Trading dan peniaga-peniaga Acheh Zon Puchong, Selangor.

Sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan bernilai lebih RM50,000 kepada 300 keluarga golongan b40 dan kurang nasib baik serta mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan pandemik COVID-19.


YPKPJM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang menjalankan aktiviti kebajikan dan keselamatan melalui program kemasyarakatan disamping memupuk sikap saling membantu dan tanggungjawab sesama ahli dan masyarakat.

Pengerusi Yayasan Pelindung dan Kesedaran Pencegahan Malaysia, YBhg. Dato' Tun Isham bin Safiee berkata, sejajar dengan hasrat penubuhan YPKPJM, kami mengambil inisiatif mengumpulkan barangan keperluan dan makanan bersama para penyumbang untuk disampaikan kepada golongan yang terjejas semasa krisis COVID-19 seperti sekarang. 

"Ada keluarga yang terpaksa mencatu makanan, kerana bimbang makanan habis. Mereka sangat memerlukan bantuan sama ada dari segi makanan mahupun kewangan,"katanya.

Majlis pelepasan konvoi program ini disempurnakan oleh Y.M Tengku Mahri B Tengku Chik, Jawatankuasa UMNO Perhubungan Negeri Terengganu di Perkarangan Pusat Operasi YPKPJM, No 48. Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 52200 Danau Kota, Kuala Lumpur. Seramai 40 orang ahli YPKPJM dan wakil peniaga-peniaga Acheh Zon Puchong turut dalam misi bantuan ini dengan menggunakan 2 buah lori 'bonded' dan 15 'truck pick -up' bagi membawa muatan barangan yang telah disusun kepada penerima bantuan.

Wakil Peniaga Acheh, Pemilik Eko Indrajaya Trading, Dato Dr Haji Eko Indrajaya berkata, bantuan ini adalah merupakan tanda penghargaan terima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana memberikan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga Acheh.

"Tanggungjawab kami untuk membantu kepada pihak yang terkesan ketika Covid-19, selain berasa berbesar hati untuk memberikan bantuan di Terengganu, ini adalah misi yang keempat kami,"katanya pada sidang media yang berada di Taman Danau Kota.

Ketua Persatuan Masyarakat Melayu Acheh Puchong, Ustaz Haji Mohd Sayuti bin Hamdansyah berkata, mengharapkan program ini dapat menjalinkan dan merapatkan jalinan ukhuwah sesama serumpun Melayu di Malaysia.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Tun Isham bin Safiee, Pengerusi Yayasan Pelindung dan Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia bersama YB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said, Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal di DUN Kijal, Kemaman, Terengganu. -UTVMEDIAMALAYSIA


Sabtu, 20 Februari 2021

"Bukan suka-suka kami nak saman, ini melibatkan keselamatan pengguna jalan raya" - PDRM

PETALING JAYA: Seorang penjaja jalanan buah-buahan di lampu isyarat telah disaman oleh pihak polis berdekatan Highway LDP Damansara- Puchong.

Dalam undang-undang sedia ada yang membolehkan tindakan diambil terhadap penjaja jalanan di bawah Kaedah 10A (1) 1959 (LN 166/1959) iaitu menawar atau menjual benda atau barang kepada mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas apa apa kenderaan motor di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.


Saman terhadap penjaja buah-buahan di jalanan serta mengakibatkan risiko kemalangan terhadap penjaja itu sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

"Bukan suka-suka kami nak saman, ini melibatkan keselamatan pengguna jalan raya," kata pegawai polis yang bertugas. 





Selain itu, pembeli juga boleh dikenakan saman di bawah undang-undang Kaedah 10A (2) 1959. Kedua-dua kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 119 (2), denda tidak melebihi RM2,000 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan. -UTVMEDIAMALAYSIA

Khamis, 11 Februari 2021

Bantu pelajar B40 miliki tablet, dalam program '1 Tablet, 1 Keluarga' - GPMSWP

KUALA LUMPUR: Inisiatif Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan (GPMSWP) untuk membantu pelajar B40 yang memerlukan peranti bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam program ‘1 Tablet, 1 Keluarga’.


Seramai sepuluh orang pelajar yang terpilih daripada sebuah sekolah menengah di setiap parlimen dalam Wilayah Persekutuan telah menerima peranti tersebut.


Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan, Khairul Rizam Abu Samah berkata, inisiatif ini timbul selepas GPMSWP menerima pelbagai maklum balas dan aduan daripada pelajar di sekitar Wilayah Persekutuan berhubung kemampuan mereka memiliki peranti bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).




“ Rintihan dan luahan daripada ibu bapa dan pelajar antara punca pemberian tablet ini di lakukan,” katanya pada sidang media yang bertempat di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul.

Sumber pembelian tablet ini adalah sumbangan orang ramai yang telah menyumbang melalui Tabung Khas Pendidikan GPMSWP.

Program ini melibatkan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Perak Bandar Baru Sentul dan MPP Parlimen batu.

Pengerusi MPP Parlimen Batu, Haji Gulam Muszafar Gulam Mustakim, menyaksikan tandatangan memorandum kerjasama antara kedua belah pihak.



GPMSWP juga menyasarkan golongan pelajar yang kurang kemampuan dan memastikan inisiatif 1 Tablet, 1 Keluarga dapat diperluaskan di kawasan parlimen lain dalam Wilayah Persekutuan.
-UTV MEDIA MALAYSIA


Ahad, 7 Februari 2021

NGO IKHLAS Malaysia hulur sumbangan bersama Ahli Parlimen Batu Pahat, bantu penduduk setempat

BATU PAHAT, Ahad, 7 Februari – Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato Rashid bin Hasnon merangkap Timbalan Speaker Dewan Parlimen telah memberikan sumbangan berupa barangan asas kepada 150 penerima di Kawasan Parlimen Batu Pahat bersama NGO Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS), IKHLAS Cawangan Negeri Johor telah memberikan sumbangan berupa barangan asas keperluan dan produk kesihatan kepada 50 peniaga dan penjaja kecil, serta golongan asnaf  dalam ‘Program Kempen Derma Darah’ anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia bersama Tabung Darah Hospital Sultanah Nora Ismail bertempat di Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Batu Pahat.


Matlamat program berkembar ini adalah untuk memberikan rasa keprihatinan kepada rakyat dalam program ‘Ziarah Prihatin PKP 2.0’ bagi membantu peniaga dan penjaja kecil yang mengalami kemerosotan pendapatan harian. Disamping itu, menerapkan sikap memberi, menerima dan merasai kesusahan bersama-sama Pertubuhan Ikatan Usahawan dan Sederhana Malaysia dan IKHLAS Johor.

Sesi penyerahan sumbangan bakul makanan hanya diberikan kepada 10 orang penerima sebagai gimik serahan sumbangan yang telah dilakukan mengikut operasi standard (SOP), penjarakan sosial serta tidak berkumpul dalam kelompok yang besar. Seterusnya, menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di kawasan peniaga sekitar Parit Sulong dan Kampung Sri Medan, Batu Pahat.


Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato Rashid bin Hasnon berkata, program ‘Kempen Derma Darah’ menggalakkan orang ramai untuk menderma darah serta membantu menyumbang darah untuk tabung darah di hospital selain mengambil kesempatan untuk memberikan sumbangan derma kepada golongan b40 dan asnaf. Kami juga ingin berterima kasih kepada IKHLAS Malaysia kerana turut sama-sama membantu memberikan sumbangan kepada para peniaga kecil dan penjaja di Batu Pahat.

“Pada waktu Covid-19, keperluan darah sangat diperlukan oleh para doktor di hospital, selain menyokong pihak penganjur untuk meneruskan usaha yang baik ini agar dapat membantu masyarakat setempat,” kata Ahli Parlimen Batu Pahat pada sidang media hari ini.

Tambahan lagi, pelbagai perancangan program pembangunan yang diatur untuk penduduk Batu Pahat, hanya menanti untuk dilaksanakan. Selain, beliau merupakan Pengerusi kepada NGO Penggerak Komuniti Negara, akan memberi bantuan ‘Back to school’ berupa barang keperluan sekolah serta 100 tablet kepada pihak golongan B40 untuk pembelajaran 'online'.  


Presiden IKHLAS Malaysia, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, ketika situasi negara melanda wabak pandemik Covid-19, bukan sahaja rakyat terkesan namun ekonomi negara juga terkesan dari segi ekonomi. Pertubuhan IKHLAS Negeri Johor juga sudah lama aktif sehingga dipilih untuk memberikan sumbangan kepada peniaga dan penjaja kecil disini yang diketuai oleh Pengerusi IKHLAS Cawangan Johor, Datuk Kamal Ariffin bin Abdul Rahman. Ini bukan kali pertama, IKHLAS telah membantu memberikan sumbangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kita tidak boleh hanya mengharapkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang sahaja membantu rakyat, namun saya mengharapkan pemimpin-pemimpin di peringkat bawah turut bersama-sama rakyat untuk ‘turun padang’. Sekurang-kurangnya dapat membantu dan memahami kesusahan rakyat,” kata Presiden IKHLAS Malaysia pada sidang media hari ini. Program 'Ziarah Prihatin IKHLAS' berakhir sekitar jam 5 petang. – UTV Media Malaysia

 

"Beri Ayahanda Kuasa Untuk Laksana Norma Baru Politik PRU 15" - Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik pada Pilihan Raya Umum K...